SHAH ALAM: Sebuah kapal korek MV SHI XIAN 156 telah mengalami kebakaran di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika Sungai Chondong Besar, Pulau Indah pada jam lebih kurang 12.48 tengah hari Isnin, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata sebaik menerima aduan, bot Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta bot pemantau dari Lembaga Pelabuhan Klang, bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat termasuk membuat kawalan keselamatan di lokasi.
"Kapal tersebut membawa 11 orang kru, empat daripadanya warga Indonesia, manakala tujuh lagi warga China, yang dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan dan dipindahkan ke daratan terdekat," katanya dalam kenyataannya.
Mohd Rosli berkata, kerja-kerja pemadaman api masih giat dilakukan berikutan terdapat tangki minyak di bawah tempat kebakaran, namun berjaya dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam tempoh masa lebih kurang enam jam.
"Setakat ini tiada tumpahan minyak dilaporkan berlaku dan Maritim Malaysia akan membuat pemantauan berterusan," katanya.
Maritim Malaysia menasihatkan agar komuniti maritim, sentiasa peka mengenai keselamatan di laut dan bersiap sedia dengan sebarang kejadian yang tidak diingini di laut bagi mengelakkan kehilangan nyawa serta harta benda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Kapal tersebut membawa 11 orang kru, empat daripadanya warga Indonesia, manakala tujuh lagi warga China, yang dilaporkan selamat. - Foto APMM
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Maritim Malaysia tahan kapal korek 'curi' pasir di perairan Kerian
Bot terbabit dikesan oleh pasukan bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

APMM jumpa 100 butir peluru meriam aktif dalam kapal pengangkut dari China
APMM menemukan kira-kira 100 butir peluru meriam kapal perang dunia kedua dipercayai masih aktif dalam kapal pengangkut dari China, yang ditahan pada Ahad lepas.

APMM Selangor tahan tiga kapal korek beroperasi tanpa kebenaran
APMM Selangor menahan tiga buah kapal korek selepas didapati beroperasi tanpa kebenaran di kedudukan lebih kurang 5.6 batu nautika barat daya Pulau Carey.

Dua kapal berlanggar di Filipina, 1 maut, 3 hilang
Dua buah kapal asing berlanggar di Pulau Corregidor di Filipina, menyebabkan seorang anak kapal maut manakala tiga lagi hilang.

Kapal korek terbakar, 11 kru selamat
Kapal tersebut membawa 11 orang kru, empat daripadanya warga Indonesia, manakala tujuh lagi warga China, yang dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Jimmy Shanley imbau ayah lemas di lombong
Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun Instagram miliknya, Jimmy berkata, ayahnya juga merupakan mangsa korban dalam sebuah tragedi 34 tahun lalu di sebuah lombong di Batu 13 Puchong.

Mayat seorang lagi kru kapal korek JBB Rong Chang ditemukan
Mayat itu dijumpai terperangkap di dalam bilik jentera utama selepas kerja-kerja bagi menimbulkan semula kapal itu berjaya dilaksanakan.

"Kami harap adik masih hidup" - Abang mangsa insiden kapal korek
Azral berharap adiknya Akasha ditemui selamat.

SAR kapal korek: Mangsa kedua dijumpai selamat
Seorang lagi krew kapal korek pasir yang terperangkap dibawah kapal yang dilaporkan terbalik di perairan Parit Jawa, Muar, Rabu lalu, ditemui selamat.

SAR kapal korek: Mangsa pertama diselamatkan
Selepas 55 jam terperangkap di dalam kapal korek pasir yang terbalik di perairan Parit Jawa, Muar, seorang daripada 14 mangsa berjaya ditemui selamat.