KANGAR: Nelayan dan penduduk yang berada di sekitar Kuala Perlis terkejut dengan kehadiran sebuah kapal layar mewah berbentuk seperti sebuah kapal angkasa yang menelusuri muara Sungai Perlis pada Sabtu.
Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (Pelaris) Jasni Hashim berkata, walau bagaimanapun kehadiran kapal layar mewah jenis Adastra itu pada kira-kira jam 12 tengah hari itu tidak mengganggu aktiviti nelayan yang berada di sepanjang muara sungai berkenaan.
Menurutnya, muara sungai itu sememangnya menjadi laluan pelbagai jenis bot dan kapal namun kehadiran kapal layar mewah yang difahamkan bernilai sekitar AS$45 juta (RM200,014,605) adalah pertama kali berlaku dan dilihat oleh penduduk setempat.
"Kehadiran kapal mewah itu seperti bentuk sebuah kapal angkasa memang mengejutkan penduduk dan nelayan yang berada di sekitar kawasan tersebut.
"Difahamkan kapal ini datang dari luar negara dan kita tidak pasti dari negara mana.
"Kapal layar ini bergerak melalui muara Sungai Perlis dan menuju ke dermaga Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd bagi tujuan membaiki kapal tersebut," katanya semasa dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Jasni berkata, kapal yang mempunyai dua lunjuran besar di sebelah kiri dan kanannya itu juga difahamkan sudah mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia untuk melalui muara sungai itu sebelum berlabuh di PME Engineering Sdn Bhd di Kampung Tengah, Kuala Perlis.
Menurutnya, tiada aduan yang diterima oleh mereka oleh nelayan berhubung gangguan lalu lintas disebabkan oleh kehadiran kapal layar mewah itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 14 2022
Muara Sungai Perlis itu sememangnya menjadi laluan pelbagai jenis bot dan kapal namun kehadiran kapal layar mewah itu adalah pertama kali dilihat penduduk setempat. - Foto ihsan penduduk Kuala Perlis/Sinar Harian
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Jutawan British antara enam hilang dalam insiden kapal layar mewah di Itali
Jutawan teknologi British, Mike Lynch masih hilang selepas sebuah kapal layar mewah tenggelam ketika belayar dalam cuaca buruk di pesisir pantai Sicily.
Putin didakwa belanja RM580 juta naik taraf kapal layar
Kapal layar bernilai 100 juta pound itu sedang menjalani kerja-kerja penambahbaikan yang mahal di sebuah pelabuhan di Rusia.
Kapal layar RM200 juta kejutkan warga Kuala Perlis
Kehadiran kapal layar mewah jenis Adastra itu bagaimanapun tidak mengganggu aktiviti nelayan.
Equanimity: Harga penuh pembelian dibayar dalam tempoh ditetapkan
Genting Malaysia Bhd menjadi pemilik baharu kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Tempoh lelongan Equanimity berakhir Ogos ini - Hanipa
Tempoh lelongan kapal layar mewah Equanimity yang berada di Langkawi akan berakhir pada Ogos tahun depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.
Belum ada pihak tampil tuntut hak milik Equanimity - Hanipa
Sehingga kini, tidak ada pihak yang tampil untuk mencabar perintah mahkamah Malaysia berkenaan hak untuk menjual kapal layar mewah 'Equanimity'.
Kos selenggara Equanimity RM 3 juta sebulan
Peguam, Jeremy Joseph berkata buat masa sekarang kerajaan akan menanggung semua kos penyelenggaraan kapal mewah milik Jho Low.