TAWAU: Sebuah kapal nelayan penarik udang di perairan berhampiran jalan pesisir pantai Tawau, Sabah musnah dalam satu kejadian kebakaran pada Rabu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.14 melalui sistem MERS 999, sekumpulan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau digegaskan ke lokasi kejadian bersama dengan sebuah jentera FRT, sebuah jentera EMRS diiringi satu unit utiliti.
Pihak bomba menaiki bot Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau untuk sampai ke lokasi kapal nelayan yang sedang terbakar itu.
Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi, didapati kapal nelayan jenis separuh kekal itu sudah terbakar 100 peratus.
Pihak bomba kemudiannya menggunakan sebuah enjin pam dengan sumber air terbuka untuk mengawal kebakaran.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.57 tengah hari.
Tiada kehilangan nyawa telah dilaporkan. Bagaimanapun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.
Astro Awani
Wed May 12 2021
Sebuah kapal nelayan di perairan berhampiran jalan pesisir pantai Tawau, Sabah musnah dalam satu kebakaran pada Rabu.
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47.
Kepresidenan Trump: Jangka sesuatu luar jangkaan
walaupun Trump diramal akan fokus dengan agenda America First, namun situasi semasa pentadbiran pertamanya dahulu berbeza dengan realiti ketika ini.
Anwar bertemu pemimpin EU perkukuh hubungan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di Belgium pada Isnin.
Malaysia, EU sambung semula rundingan perjanjian perdagangan bebas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Urusula von der Leyen mengumumkan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA), sekali gus melakar detik bersejarah bagi hubungan kedua-dua pihak.
MEUFTA: MITI sambut baik penyambungan semula
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
RUU pekerja Gig dibentangkan parlimen akan datang
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merancang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada sidang Parlimen akan datang dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 21 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kapal nelayan musnah terbakar di perairan Tawau
Sebuah kapal nelayan di perairan berhampiran jalan pesisir pantai Tawau, Sabah musnah dalam satu kebakaran pada Rabu.