KUALA LUMPUR: Kapal pertama Littoral Combatant Ship (LCS) diharap mampu disiapkan dalam tempoh antara setahun hingga dua tahun lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sewaktu menjawab soalan di Dewan Negara pada Isnin, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.
Hishammuddin berkata, beliau sendiri akan memberi laporan kepada orang ramai dan Kabinet mengenai tahap penyiapan projek yang kini sudah menelan belanja sekitar RM6 bilion.
"Kita diberikan enam bulan selepas keputusan Kabinet untuk memobilisasikan usaha untuk menghidupkan semula projek ini. Ia melibatkan libat urus dengan vendor di Perancis, ia melibatkan engagement dengan agensi perbankan.
“Tetapi untuk Dewan ini saya nak nyatakan, sekurang-kurangnya dalam masa setahun dua saya harap kapal pertama dapat kita siapkan. Saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat, kapal-kapal yang telah dijanjikan kepada TLDM, saya akan maklum kepada Kabinet apa yang telah kita lakukan, pastikan ia mengikut apa yang telah dijadualkan," katanya lagi.
Isu berkenaan kapal perang berkenaan kembali menjadi pendebatan hangat selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melaporkan terdapat elemen kelemahan dan penyelewengan dalam projek itu.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh pada minggu lepas berkata, Boustead Naval Shipyard (BNS) tidak menggunakan sepenuhnya bayaran daripada kerajaan untuk projek tersebut.
Mengulas Lanjut, Hishammuddin berkata, projek itu akan diteruskan bersandarkan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia serta berkait rapat dengan polisi 15 kepada 5 TLDM.
Katanya lagi, jika terdapat unsur penyelewengan, kementerian tidak akan mempertahankan individu tersebut.
Selain itu, beliau berkata, jika tidak diteruskan, ia akan mengakibatkan ramai vendor, termasuk veteran TLDM gulung tikar.
"Ini merupakan satu pandangan yang diperlukan TLDM. Kedua, pertimbangan untuk memastikan vendor yang sedia … ada ratusan juga, yang sebahagian besar merupakan mereka daripada golongan veteran, tidak gulung tikar. Dan projek ini perlu diteruskan selepas mengambil kira kebajikan mereka," katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Aug 08 2022
![Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655899636_DatukSeriHishammud.jpg)
Kapal pertama Littoral Combatant Ship (LCS) diharap mampu disiapkan dalam tempoh antara setahun hingga dua tahun lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Gambar fail BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655899636_DatukSeriHishammud.jpg)
Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin
Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.
![LCS: Apa SPRM buat mengenai laporan PAC, soal Kit Siang LCS: Apa SPRM buat mengenai laporan PAC, soal Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659669247_LimKitSiang.jpg)
LCS: Apa SPRM buat mengenai laporan PAC, soal Kit Siang
Kit Siang yang turut mempersoalkan kelewatan SPRM dalam bertindak terhadap siasatan projek berkenaan.
![Kegagalan bekal 6 kapal peronda bernilai RM9 bilion, PAC akan panggil Zahid Hamidi Kegagalan bekal 6 kapal peronda bernilai RM9 bilion, PAC akan panggil Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602607610_ZahidHamidi.jpg)
Kegagalan bekal 6 kapal peronda bernilai RM9 bilion, PAC akan panggil Zahid Hamidi
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen akan memanggil Ahmad Zahid Hamidi bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda.