SINGAPURA: Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 yang dinaiki individu tidak dikenali pada 10 April lalu telah ditemukan dan semua 20 anak kapal dalam keadaan selamat, kata Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) hari ini.
Dalam satu kenyataan, MPA berkata SUCCESS 9 dikesan berada di luar pantai Abidjan, Ivory Coast pada kira-kira 5 petang waktu Singapura pada 15 April.
"Sebuah kapal komersil MONJASA SPRINTER yang kebetulan berada di kawasan itu telah menerima panggilan kecemasan daripada SUCCESS 9.
"Penguasa MONJASA SPRINTER kemudian melaporkan lokasi SUCCESS 9 kepada Pegawai Keselamatan Syarikat (CSO).
"OMS telah memaklumkan perkara itu kepada MPA, yang kemudian segera memberitahu Pusat Maklumat Bersepadu (IFC) dan Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim Wilayah Monrovia (MRCC).
"Sebuah kapal peronda Tentera Laut Ivory Coast telah dikerahkan untuk mengesan SUCCESS 9.
"Semua anak kapal termasuk dari Singapura dalam keadaan sihat dan selamat. Kapal itu telah selamat tiba di pelabuhan Abidjan," kata MPA.
Menurut MPA, pihaknya berkoordinasi dengan pemilik kapal dan agensi multinasional melalui IFC di Pusat Kawalan Changi dan MRCC Wilayah Monrovia untuk mengesan kapal itu sejak 10 April.
Agensi multinasional itu termasuk Maritime Domain Awareness for Trade - Gulf of Guinea bersama pasukan keselamatan serantau, tentera laut Perancis, pengawal pantai dan pentadbiran maritim dari Ivory Coast, Ghana, Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria.
Semua kapal komersil yang berhampiran dan melalui kawasan itu turut diminta membantu dalam usaha mengesan SUCCESS 9, menurut MPA.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
![Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 ditemukan, semua anak kapal selamat - MPA Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 ditemukan, semua anak kapal selamat - MPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681404514_SuccessSingapura.jpg)
MPA berkata SUCCESS 9 dikesan berada di luar pantai Abidjan, Ivory Coast pada kira-kira 5 petang waktu Singapura pada 15 April. -Gambar marinetraffic.com
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 ditemukan, semua anak kapal selamat - MPA Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 ditemukan, semua anak kapal selamat - MPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681404514_SuccessSingapura.jpg)
Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 ditemukan, semua anak kapal selamat - MPA
Kapal tangki Singapura SUCCESS 9 yang dinaiki individu tidak dikenali pada 10 April lalu telah ditemukan dan semua 20 anak kapal dalam keadaan selamat.
![Kapal tangki minyak Singapura SUCCESS 9 masih gagal dihubungi - MPA Kapal tangki minyak Singapura SUCCESS 9 masih gagal dihubungi - MPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681404514_SuccessSingapura.jpg)
Kapal tangki minyak Singapura SUCCESS 9 masih gagal dihubungi - MPA
Terdapat 20 kru dari pelbagai kerakyatan berada di atas kapal itu termasuk seorang warga Singapura.
![Kapal pendaftaran Singapura SUCCESS 9 dinaiki beberapa individu tidak dikenali - MPA Kapal pendaftaran Singapura SUCCESS 9 dinaiki beberapa individu tidak dikenali - MPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681271340_MPA.jpg)
Kapal pendaftaran Singapura SUCCESS 9 dinaiki beberapa individu tidak dikenali - MPA
Terdapat 20 krew dari pelbagai kerakyatan berada di atas kapal itu termasuk seorang warga Singapura.