PUTRAJAYA: Kapasiti kenderaan persendirian dihadkan kepada dua wakil isi rumah sahaja termasuk pemandu bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas sepanjang tempoh 14 hari Sekatan Pergerakan Penuh mulai 1 Jun ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi tujuan kesihatan dan perubatan pula, kapasiti maksimum yang dibenarkan hanya tiga orang termasuk pesakit.
"Pergerakan itu juga terhad dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman namun jika perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius tersebut, pergerakan dibenarkan ke tempat paling hampir dengan kediaman," katanya dalam sidang media mengenai perincian prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh di sini hari ini.
Beliau berkata dalam tempoh itu juga, pergerakan dan aktiviti riadah secara bersendirian tanpa bersentuhan dibenarkan namun terhad di kawasan terbuka selain hanya melibatkan senaman dan joging yang dilakukan di kawasan kejiranan bermula 7 pagi hingga 8 malam.
Katanya taman asuhan kanak-kanak (Taska), taman didikan kanak-kanak (Tadika) dan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) swasta di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dibenarkan beroperasi untuk petugas barisan hadapan serta ibu bapa yang kedua-duanya bekerja.
Sementara itu, dalam kenyataan medianya Ismail Sabri berkata kapasiti penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan kepada dua orang termasuk pemandu dan penumpang disyaratkan duduk di kerusi belakang
Bagi perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat seperti pengangkutan pekerja, bas henti-henti, bas ekspres, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Express Rail Link (ERL), monorel dan feri dibenarkan beroperasi berdasarkan 50 peratus kapasiti yang diumumkan sebelum ini.
Turut dibenarkan ialah aktiviti solat di surau dan masjid yang terhad kepada maksimum 12 ahli jawatankuasa (AJK) manakala aktiviti lain tidak dibenarkan.
"Upacara pernikahan (akad nikah) Islam dibenarkan hanya di pejabat Jabatan Agama Islam dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing manakala aktiviti rumah ibadat bukan Islam adalah dihadkan kepada maksimum 12 AJK rumah ibadat dengan kehadiran penganut tidak dibenarkan," katanya.
Stesen minyak pula dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam kecuali di lebuh raya yang boleh beroperasi 24 jam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021

Ismail Sabri berkata bagi tujuan kesihatan dan perubatan pula, kapasiti maksimum yang dibenarkan hanya tiga orang termasuk pesakit. - Gambar fail/BERNAMA

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Kapasiti kenderaan persendirian terhad 2 orang, 3 untuk tujuan perubatan - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata bagi tujuan kesihatan dan perubatan pula, kapasiti maksimum yang dibenarkan hanya tiga orang termasuk pesakit.