IPOH: Kira-kira 100 jemaah Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia menunaikan solat jenazah ghaib selepas sembahyang zuhur hari ini untuk Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni, 21, pelajar Malaysia yang terkorban dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand Sabtu lepas.
Solat itu diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Yussuf, Muhammad Shamsuddin dan turut dihadiri datuk Allahyarham, Megat Khashusaini Megat Abd Rahman, 85, dan ahli keluarga yang lain.
Megat Khashusaini ketika ditemui berkata pihaknya bersyukur, Allahyarham cucunya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch kira-kira 9 pagi tadi waktu tempatan.
"Syukur, alhamdulillah urusan pengebumian jenazah Allahyarham cucu saya telah selamat dan selesai semuanya kira-kira 9 pagi tadi waktu New Zealand.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang mengutus ucapan takziah. Semoga roh cucu saya dicucuri rahmat oleh Allah SWT," katanya di sini hari ini.
Megat Khashusaini berkata dia sekeluarga reda dengan keputusan jenazah cucunya dikebumikan di New Zealand.
"Saya reda dia dikebumikan di sana walaupun sebelum ini bapanya berhasrat untuk membawa pulang jenazah anaknya untuk dikebumikan di Perak.
"Semoga roh cucu saya dan juga seorang lagi yang turut terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Dalam kejadian Sabtu lepas, selain Megat Ashman Aqif, seorang lagi pelajar Malaysia, Wan Nur Adlina Alisa dari University of Canterbury turut terkorban dalam kemalangan yang berlaku pada 1.45 tengah hari waktu tempatan.
Tiga lagi pelajar cedera dalam nahas sama iaitu Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Anak Walton dari universiti sama serta Muhamad Faris Mohd Fairusham dari Victoria University of Wellington.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Pihak keluarga bersyukur, Allahyarham Megat Ashman Aqif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch kira-kira 9 pagi tadi waktu tempatan. - Sinar Harian
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Beberapa negara adakan solat jenazah ghaib, perarakan untuk Ismail Haniyeh
Jenazah Haniyeh dibawa ke Doha untuk pengebumiannya selepas solat Jumaat.

PM Anwar sertai solat jenazah ghaib ke atas Ismail Haniyeh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai kira-kira 3,000 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh.

Ribuan hadiri solat jenazah ghaib untuk Ismail Haniyeh di beberapa negeri
Di Masjid Putra Putrajaya, lebih 500 jemaah menyertai solat jenazah ghaib yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra Dr Muhamad Zakuwa Rodzali.

Solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh di tiga masjid utama malam ini - JAKIM
Solat jenazah ghaib itu diadakan selepas solat maghrib di Masjid Negara di Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.

Kariah masjid solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Megat Ashman Aqif
Solat itu diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Yussuf, Muhammad Shamsuddin dan turut dihadiri datuk kepada Allahyarham dan ahli keluarga lain.

Pulau Pinang laksana solat jenazah ghaib ke atas Yusof al-Qaradawi
Seluruh Masjid dan Surau di Pulau Pinang diseru mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Allahyarham Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi selepas solat Isyak malam ini.

Perlis laksana solat jenazah ghaib ke atas Yusof al-Qaradawi
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melimpahkan kurnia dan perkenan agar dilaksanakan solat jenazah ghaib ke atas Ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi di seluruh masjid di negeri i

KRI Nanggala 402: MUI gesa adakan solat ghaib untuk mangsa nahas kapal selam
Solat sunat itu bertujuan bagi memohon dan mendoakan keampunan daripada Allah SWT untuk semua mangsa yang terkorban.

COVID-19: Umat Islam, waris digalak solat jenazah ghaib
Seluruh umat Islam di negara ini dan waris pesakit COVID-19 digalakkan menunaikan solat jenazah ghaib bagi pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu.