BENTONG: Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung pada edisi ketiga Karnival Segalanya Felda yang akan diadakan di Wilayah Felda Mempaga, Pahang bertempat di Dataran Felda Chemomoi pada hari ini dan esok.
Felda dalam kenyataan semalam memaklumkan program Malam Cinta Rasul: Felda Berselawat sempena sambutan Maulidur Rasul akan dianjurkan pada edisi kali ini, yang turut menampilkan persembahan khas daripada kumpulan nasyid terkenal Inteam serta penyanyi Black.
Selain itu, program Jualan Rahmah daripada pelbagai agensi serta jualan daripada usahawan Felda juga akan diadakan bagi memberi manfaat secara langsung kepada warga sekitar dan pengunjung.
"Ini juga dapat merancakkan aktiviti ekonomi setempat selain memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah," menurut kenyataan itu.
Menurut Felda, pengunjung juga berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma dan menyertai pelbagai pertandingan serta aktiviti sukan rakyat yang diadakan pada karnival dua hari itu.
"Felda mengalu-alukan kehadiran semua warga Pahang ke Karnival Segalanya Felda di Felda Chemomoi pada 1 dan 2 Okt ini bagi merasai sendiri kehangatan karnival serta hospitaliti warga Felda," menurut kenyataan itu.
Felda turut memaklumkan karnival tersebut dilaksanakan sebagai satu wadah mendekatkan komuniti Felda setempat dan mengangkat agenda kebersamaan serta menyemarakkan semangat kesepaduan masyarakat di tanah rancangan itu.
"Dengan demografik generasi baharu Felda yang kini mewakili peratusan lebih besar komuniti Felda di rancangan, karnival ini juga dapat menjadi medium untuk meningkatkan keterlibatan warga belia dalam aktiviti kemasyarakatan," menurut Felda.
Karnival Segalanya Felda sebelum ini diadakan di Wilayah Felda Raja Alias, Negeri Sembilan dan Wilayah Felda Alor Setar, Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
![Karnival Segalanya Felda di Felda Chemomoi, aktiviti menarik menanti pengunjung Karnival Segalanya Felda di Felda Chemomoi, aktiviti menarik menanti pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696117103_FELDA.jpg)
Felda mengalu-alukan kehadiran semua warga Pahang ke Karnival Segalanya Felda di Felda Chemomoi pada 1 dan 2 Okt ini bagi merasai sendiri kehangatan karnival serta hospitaliti warga Felda. - Foto Facebook Felda
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Anwar tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan dua hari ke Sabah Anwar tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan dua hari ke Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726056119_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan dua hari ke Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu pada 7.10 malam untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.
![Karnival Segalanya Felda di Felda Chemomoi, aktiviti menarik menanti pengunjung Karnival Segalanya Felda di Felda Chemomoi, aktiviti menarik menanti pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696117103_FELDA.jpg)
Karnival Segalanya Felda di Felda Chemomoi, aktiviti menarik menanti pengunjung
Ia akan turut menampilkan persembahan khas daripada kumpulan nasyid Inteam dan penyanyi Black, sempena sambutan Maulidur Rasul.