JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat pembekal makanan sejuk beku serta pengarah dan pengurusnya yang sebelum ini dituduh menggunakan perihal dagangan palsu dalam kes sindiket kartel daging sejuk beku import, hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini.
Hari ini mereka didakwa atas empat pertuduhan bersabit kesalahan bersubahat dan memiliki barangan dilarang import bernilai RM643,465.39 pada Disember 2020.
Bagaimanapun, tertuduh Yong Chee Keong, 40, yang merupakan Pengarah LY Frozen Food Sdn Bhd mengaku tidak bersalah apabila semua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara serentak bersama-sama pertuduhan ke atas syarikat, di hadapan Hakim Wan Mohd Nor Hisham Wan Yaakob.
Mengikut kertas pertuduhan, Yong yang mewakili syarikat dan dirinya didakwa dengan empat pertuduhan memiliki barang-barang larangan berjumlah RM643,465.39 bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas iaitu Tan Siew Huak, 42.
Sementara itu, pengurus syarikat tersebut Chong Kim Kuang, 48, juga mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat LY Frozen Food, Yong dan Tan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman di kamar berasingan.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan berkenaan di sebuah premis beralamat No. 663, Jalan 3/4, Kawasan Perindustrian Desa Idaman, Senai di Kulai pada 15 Dis 2020.
Mereka didakwa menurut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1966 yang memperuntukkan denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah menetapkan jaminan berjumlah RM100,000 ke atas Yong dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan, sementara Chong pula dibenarkan ikat jamin RM60,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan yang sama.
Mahkamah turut menetapkan 3 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar dan Nur Suriati Mohamad manakala syarikat, Yong dan Chong diwakili barisan peguam Zamri Idrus, Ridzuan Othman dan Saifuz Zaman Abd Rahman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021

Mereka didakwa atas empat pertuduhan bersabit kesalahan bersubahat dan memiliki barangan dilarang import bernilai RM643,465.39 pada Disember 2020. - Gambar/ Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kartel daging: Syarikat LY Frozen, pengurus stor, akauntan dilepas, bebas ubah wang haram
Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus stor dan akauntannya, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM12 juta.

Jakim akan laksana tiga mekanisme elak isu 'kartel daging' berulang
Isu tersebut telah membuka mata banyak pihak terutamanya berkaitan kepentingan sistem pengurusan rantaian bekalan halal di Malaysia.

Kartel daging: 4 penguat kuasa MAQIS, seorang pemilik syarikat dihadap ke mahkamah
Mereka berhadapan tuduhan rasuah dan mengemukakan butiran palsu berhubung kes kartel daging.

Kartel daging: Syarikat, pengarah dan pengurus dituduh sekali lagi
Hari ini mereka didakwa atas empat pertuduhan bersabit kesalahan bersubahat dan memiliki barangan dilarang import bernilai RM643,465.39 pada Disember 2020.

Isu ketirisan daging import luar bidang kuasa DVS
Agensi itu hanya bertanggungjawab dalam menjalankan audit pemeriksaan rumah sembelih luar negara untuk tujuan kelulusan eksport ke Malaysia mengikut SOP ditetapkan.

Kartel daging: Polis kesan 7 lagi suspek
Datuk Huzir Mohamed, berkata dua lelaki turut dikesan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

36 pengarah, pengurus 20 syarikat kes kartel daging import ditahan
Semua mereka adalah daripada 20 syarikat yang dikenal pasti terbabit berkomplot dalam kegiatan pengedaran daging berkenaan.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Kartel daging: Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lepas - SPRM Johor
SPRM Negeri Johor sudah pun menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel penyeludupan daging sejuk beku kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lalu.

Kartel daging: MAQIS kini boleh akses sistem pelabuhan untuk pemeriksaan
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kini mempunyai akses ke dalam sistem pelabuhan untuk membuat pemeriksaan.