BUKIT KAYU HITAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Kedah mengarahkan sebuah lori kontena yang baharu tiba di Bukit Kayu Hitam pada Khamis (Semalam) berpatah balik ke Thailand selepas didapati kontena yang dibawa adalah berasal dari Israel.
MTT (Menanggung Tugas-Tugas) Pengarah Kastam Negeri Kedah, Suhaime Affindi Zainol Abidin berkata, lori treler membawa kontena berlogo syarikat ZIM Israel mengandungi dagangan peralatan komputer dikesan cuba memasuki Malaysia melalui Kedah di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
“Bagaimanapun JKDM Kedah telah menghalang lori bernombor pendaftaran asing dari Thailand yang cuba masuk melalui pintu masuk itu lebih kurang jam 12 tengah hari.
“Kenderaan terbabit ingin memasuki Malaysia dengan melakukan pengikraran Borang K1 bagi tujuan pengimportan dagangan ke dalam negara Malaysia.
"Hasil penelitian, anggota JKDM Kedah, kontena yang digunakan adalah berasal dari Israel berdasarkan logo 'ZIM' yang tertera pada badan dinding luar kontena tersebut.
"Susulan itu, kenderaan terbabit telah ditahan untuk mendapat pengesahan dan arahan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau memaklumkan, lori dengan kontena berisi dagangan tersebut kemudiannya diarah berpatah balik ke negara jiran.
Menurut Suhaime Affindi, kenderaan terbabit didapati telah meninggalkan negara Malaysia pada jam 1.30 tengah hari hari sama.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.
Menurutnya, orang ramai turut dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.
Tegas Suhaime Affindi, penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan cubaan masuk sebuah lori kontena milik syarikat berpangkalan dari Israel membawa muatan dagangan ayam sejuk beku ke dalam negara di pintu masuk ICQS Padang Besar, Perlis pada Ahad.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jun 07 2024

Lori treler membawa kontena berlogo syarikat ZIM Israel mengandungi dagangan peralatan komputer dikesan cuba memasuki Malaysia melalui ICQS ukit Kayu Hitam. - Foto JKDM
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Kastam gagal cubaan seludup dadah lebih 81 kg bernilai RM2.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 81.34 kilogram (kg) yang bernilai RM2.6 juta ke Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Dis lepas.

Cubaan seludup 5,000 kura-kura telinga merah dari Malaysia digagalkan
Pihak kastam India berjaya menggagalkan cubaan seludup lebih 5,000 kura-kura telinga merah dari Malaysia di Lapangan Terbang Chennai.

Kastam Kedah arah kontena Israel berpatah balik ke Thailand
Jabatan Kastam Negeri Kedah mengarahkan sebuah lori kontena Israel yang tiba di Bukit Kayu Hitam pada Khamis untuk berpatah balik ke Thailand.

Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.

Kastam rampas rokok putih RM3.206 juta
Jabatan Kastam merampas 24,000 karton rokok seludup dengan anggaran cukai RM3.206 juta, yang merupakan rampasan terbesar di Pahang.

Abdul Latif dilantik Ketua Pengarah Kastam baharu - KSN
Abdul Halim telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1985 dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penguasa Kastam.

Lelaki ditahan cuba seludup bunga api ke Indonesia
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan sebuah bot penambang yang mencurigakan sedang menghala ke Sungai Nyamuk, Indonesia.

Isteri VVIP tak beli berlian merah jambu
Ejen jualan yang membawa masuk berlian merah jambu dan barang kemas lain ke Malaysia untuk isteri seorang VVIP telah mengisytiharkan barangan berharga berkenaan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Cubaan seludup dadah RM18 juta guna penapis air
Kastam berjaya mematahkan cubaan penyeludupan dadah jenis methamphetamine bernilai 18 juta ringgit di pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah.

Belum ada petunjuk siapa bekal 'arak beracun' - Polis
Polis Selangor kini meningkatkan kerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kastam bagi memeriksa premis yang disyaki menjual arak terbabit.