KUALA TERENGGANU: Anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan dilengkapi peralatan kamera badan yang dijangka dilaksanakan pada Jun ini.
Ia sebagai usaha menangani salah laku dalam kalangan pasukan beruniform itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pelaksanaan itu akan dilakukan secara berperingkat di seluruh negara.
Menurut Abdul Latif, pada fasa pertama penggunaan kamera badan itu akan melibatkan lebih 100 anggota dan pegawai kastam termasuk mereka yang bekerja di lapangan.
“Ia akan digunakan bukan sahaja kepada penguat kuasa, juga kepada pegawai yang bertugas di frontliner (barisan hadapan) contoh di KLIA, di stesen sempadan, kita akan buat berperingkat sebab melibatkan bajet yang agak besar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Kasih Keluarga Malaysia (Corporate Social Responsibility) Jabatan Kastam Diraja Terengganu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada Sabtu.
Sebelum ini dilaporkan penguat kuasa JKDM dijangka akan dilengkapi dengan peralatan kamera badan sebagai usaha menangani salah laku dalam kalangan pasukan tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah memaklumkan, usaha itu antara lain adalah untuk meningkatkan integriti JKDM selain melindungi anggota kastam yang kerap dituduh terbabit dalam aktiviti rasuah.
Astro Awani
Sat Feb 12 2022

Menurut Abdul Latif, pada fasa pertama penggunaan kamera badan itu akan melibatkan lebih 100 anggota dan pegawai kastam termasuk mereka yang bekerja di lapangan. - Gambar fail/BERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.

Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke
Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan.

Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat integriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.

Penggunaan kamera badan beri impak positif, kes salah guna kuasa turun - JKDM
Penggunaan kamera badan (BWC) dalam kalangan anggota dan pegawai Kastam menyaksikan kes tatakelakuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa menurun.

KDN terima maklum balas berkaitan penggunaan kamera badan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima maklum balas baik berhubung projek rintis penggunaan kamera badan terhadap sebilangan pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan itu.

Penguat kuasa MBPP guna kamera badan tingkat ketelusan, keselamatan
Inisiatif itu sebahagian daripada langkah MBPP untuk tingkatkan profesionalisme dan membina kepercayaan orang ramai terhadap pegawai mereka.

Kamera badan jadi 'fear factor,' tingkat integriti dan penguatkuasaan anggota, pegawai JKDM
Sejak mula digunakan pada Oktober 2023, berdasarkan rekod, aduan melibatkan salah laku anggota dan pegawai JKDM di lapangan menurun.

Anggota bertugas di lapangan guna kamera badan elak pelanggaran SOP - Maritim Malaysia
Anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang bertugas di lapangan akan memakai kamera badan bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Mindwave Consultancy bekal 7,648 kamera badan PDRM, kontrak RM30 juta tingkat imej
Kamera badan menjadi aset terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkemaskan tugas pasukan itu termasuk semasa cegah jenayah apabila digunakan mulai Oktober ini.

Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan
Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan pemakaian kamera badan kepada semua penguat kuasa PBT yang terlibat operasi, awal tahun hadapan.