BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 361,236 tin minuman keras pelbagai jenis bernilai RM6.16 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, Selangor, pada 31 Jan dan 7 Feb lepas.
Pengarahnya Roselan Ramli berkata dalam pemeriksaan pada 11 pagi 31 Jan lepas, pihaknya menahan dua kontena di Pelabuhan Klang dan menemukan 106,560 tin arak seberat 52,668 liter bernilai RM263,340 dengan cukai berjumlah RM1.7 juta.
Beliau berkata semakan mendapati kontena itu dikendalikan oleh syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang dan diimport oleh syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd) di Kuala Lumpur.
"Daripada dokumen yang diperoleh, barangan itu dipercayai dari negara Asia Timur, dan diisytiharkan sebagai kepingan aluminium bagi mengelak dikenakan cukai.
"Pihak kastam turut menahan seorang lelaki berusia 30-an yang merupakan ejen penghantaran untuk membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Roselan berkata bagi kes kedua, pihaknya menahan empat kontena pada 12.45 tengah hari, pada hari sama dan menemukan 202,356 tin arak seberat 102,098 liter bernilai RM561,541.20 melibatkan cukai berjumlah RM3.45 juta.
Beliau berkata bagi kes ketiga, pihaknya menahan sebuah kontena kira-kira 11.30 pagi, 7 Feb lepas dan menemukan 52,320 tin arak seberat 26,160 liter dianggar bernilai RM144,000 melibatkan cukai berjumlah kira-kira RM1 juta.
"Bagi kedua-dua kes itu, tiada tangkapan dibuat dan siasatan menunjukkan barangan terbabit juga dibawa masuk dari negara Asia Timur, dengan masing-masing diisytiharkan sebagai aloi tembaga dan kabin.
"Kontena bagi kes kedua dan ketiga ini turut didapati dikendalikan oleh syarikat perkapalan dengan cawangannya di Pelabuhan Klang dan diimport oleh syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd) di Selangor," katanya.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kesemua minuman keras itu dipercayai dibawa masuk untuk jualan sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Menurut Roselan pihaknya percaya kesemua minuman keras itu diseludup masuk oleh sindiket berbeza kerana melibatkan syarikat perkapalan berbeza, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Pengarah JKDM Pulau Pinang Roselan Ramli (dua, kanan) menunjukkan minuman keras pelbagai jenis bernilai RM6.16 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, Selangor, pada 31 Jan dan 7 Feb lepas. - Foto Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.

JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.

Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.

JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.

Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.