JOHOR BAHRU: Taktik suatu sindiket menggunakan kotak mainan untuk menyeludup rokok berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melibatkan rampasan lebih 22 juta batang rokok di Bay Pemeriksaan Kastam, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri pada 26 Mac dan 4 April lepas.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamed berkata kesemua rampasan termasuk mainan plastik dan cukai bernilai RM18.5 juta.
"Rampasan pertama melibatkan sebuah kontena yang mengandungi 924 kotak berisi 11.08 juta batang rokok putih bersama 36 kotak mainan, manakala rampasan kedua melibatkan satu lagi kontena yang mengandungi 915 kotak berisi 10.98 juta batang rokok bersama 33 kotak mainan.
"Kedua-dua kontena ini dipercayai milik sindiket sama. Usaha mengesan pemilik barangan dagangan itu sedang giat dijalankan dengan kedua-dua kontena sedang dalam perjalanan menuju Mexico dari Kemboja. Kes disiasat mengikut Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media di Menara Kastam Johor di sini hari ini.
Sazali turut memaklumkan kejayaan pihaknya mematahkan cubaan tiga lelaki membawa keluar minuman keras tidak bercukai menggunakan tiga kenderaan berbeza dari Forest City, Iskandar Puteri pada 10 malam, Isnin lepas.
Beliau berkata ketiga-tiga kenderaan itu ditahan di Lebuhraya Iskandar Puteri dan Jalan Utama Kampung Baru Senai dengan dua daripada suspek berusia 20an dan 30an berjaya ditahan, manakala seorang lagi melarikan diri.
"Pemeriksaan dibuat mendapati ketiga-tiga kenderaan itu sarat membawa minuman keras yang ditutup dengan kain hitam.
"Sebanyak 14,400 tin minuman keras bernilai RM38,410 dengan cukai sebanyak RM104,915 berjaya disita," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
Beliau berkata pihaknya juga menghentikan operasi pembuatan arak haram di sebuah rumah teres di Skudai di sini menerusi serbuan pada 1 tengah hari, 2 April lepas.
Pelbagai jenama arak, setem Kastam palsu serta alatan memproses dan membotolkan arak dijumpai melibatkan rampasan minuman keras bernilai RM41,391 dengan anggaran duti RM111,720 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024

Sazali (tengah) menunjukkan rokok putih dan mainan plastik yang dirampas dalam sebuah kontena ketika pemeriksaan di Bay Pemeriksaan Kastam, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah pada sidang media di Menara Kastam hari ini. - Foto Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.

JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.

Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.

JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.

Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.