KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 100,500 bungkus rokok seludup pelbagai jenama bernilai hampir RM2 juta di Jalan Lama Penampang-Papar, Lebuhraya Pan Borneo, dekat sini Sabtu lepas.
Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah Cheong Yu Min berkata rampasan dilakukan Pasukan Penguatkuasaan Cawangan Operasi Kota Kinabalu selepas menahan sebuah lori tiga tan dalam operasi kira-kira 3.40 petang.
Beliau berkata operasi hasil maklumat orang awam itu turut menahan dua lelaki berusia 26 dan 62 tahun.
"Kesemua 100,500 bungkus rokok pelbagai jenama disyaki tidak berkastam itu dianggar bernilai RM139,100 manakala duti dan cukai terlibat dianggar RM1.86 juta dengan keseluruhannya dianggar bernilai RM1.99 juta. Lori tiga tan yang turut disita dianggarkan bernilai RM25,000," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya modus operandi individu terlibat adalah mengangkut barang-barang tidak berkastam dengan menggunakan lori tiga tan jenis bonded truck bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Cheong berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 manakala rokok tersebut dipercayai untuk pasaran sekitar Kota Kinabalu dan daerah lain.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membabitkan diri dalam aktiviti penyeludupan selain menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat sekiranya mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyeludupan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022

Kastam Sabah rampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta. - fotoBERNAMA

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.

Kastam Sabah rampas dadah bernilai RM2.89 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 98.33 kilogram dadah jenis methamphetamine dan ganja bernilai RM2.89 juta dalam tiga serbuan berasingan di sini baru-baru ini.

Kastam Sabah rampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 100,500 bungkus rokok seludup pelbagai jenama bernilai hampir RM2 juta di Jalan Lama Penampang-Papar, Lebuhraya Pan Borneo, dekat sini Sabtu lepas.