Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan selewat-lewatnya 30 minit dalam menyelesaikan setiap masalah berkaitan gangguan Sistem Maklumat Kastam (SMK) agar urusan import dan eksport barangan di pelabuhan tidak tergendala lebih daripada tempoh berkenaan.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata selepas tempoh itu, sistem kendalian SMK perlu ditukar secara manual mengikut prosedur operasi standard (SOP) lengkap yang telah ditetapkan.
Beliau berkata langkah berkenaan bertujuan untuk memperkukuhkan SOP JKDM dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan atau kumpulan sasar.
"Sistem maklumat ini melibatkan penggunaan teknologi dan ia bukan selalunya seratus peratus sempurna...kadang kala berlaku juga gangguan. Sekiranya berlaku gangguan pada Sistem Maklumat Kastam, dalam masa 30 minit perlu ditukar kepada manual.
"Jadi tidak sepatutnya berlaku gangguan dari segi keluar masuk barangan di pelabuhan kerana biasanya kalau berlaku pun ia tidak melibatkan berhari-hari, paling lama tiga hingga empat jam," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-35 Tahun 2017 di Akademi Kastam Diraja Malaysia di sini, pada Khamis.
Sambutan bertemakan 'Analisis Data untuk Pengurusan Sempadan Berkesan' itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, dan turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.
Dalam perkembangan lain, Khazali berkata pihaknya akan memperluaskan perkongsian analisis data sedia ada dengan agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan badan perniagaan di dalam dan luar negara secara lebih progresif dan inklusif serta membantu sesuatu keputusan dibuat dengan mudah, cepat dan tepat.
Beliau berkata pada masa ini, di bawah Pertubuhan Kastam Sedunia (WOC), JKDM berkongsi maklumat dengan Rangkaian Penguatkuasaan Kastam yang membolehkan pihaknya berkongsi maklumat tentang pengimportan dan pengeksportan sesuatu barangan yang boleh memudaratkan negara.
"Seperti mana yang kita tahu, data merupakan satu perkara amat penting dalam kehidupan harian kerana ia mempengaruhi cara kita membuat keputusan. Kalau dilihat data yang ada pada hari ini adalah lebih besar dan pelbagai.
"Pada masa sekarang kita tidak boleh bekerja secara sendirian sebaliknya perlu bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi dalam dan luar negara bagi memastikan sempadan negara selamat dan berkesan," katanya.
Sementara itu, beliau menyeru warga Kastam agar berkhidmat sebagai satu pasukan dengan semangat setiakawan yang kukuh dalam menempuh pelbagai cabaran pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017

KHAZALI: JKDM menyasarkan selewat-lewatnya 30 minit dalam menyelesaikan masalah berkaitan gangguan SMK agar urusan di pelabuhan tidak tergendala. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pengguna China belanjakan AS$70 juta untuk udang kara Vietnam pada Januari
Jumlah eksport akuatik Vietnam pada bulan itu mencapai AS$774 juta, meningkat 3 peratus tahun ke tahun.

Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.

Hasil eksport teh Sri Lanka cecah AS$1.43 bilion pada 2024
Laporan tempatan menyatakan Iraq merupakan pengimport terbesar teh Sri Lanka, diikuti Rusia dan Emiriah Arab Bersatu.

Jepun manfaatkan ledakan populariti matcha untuk tingkatkan eksport teh hijau
Jepun berhasrat memanfaatkan pasaran antarabangsa yang semakin berkembang untuk matcha.

Perdagangan Malaysia pada 2024 catat nilai tertinggi baharu RM2.88 trilion - MITI
MITI berkata eksport mencecah RM1 trilion bagi empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.51 trilion.

Eksport sarang burung Malaysia ke China disambung selepas protokol baharu dimuktamad
Eksport produk sarang burung Malaysia ke China akan disambung semula selepas KPKM melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memuktamadkan protokol eksport baharu.

Labuan berpotensi jadi hab utama industri tuna global
Industri tuna yang telah lama bertapak di pulau bebas cukai, Labuan berpotensi untuk terus berkembang sekali gus menawarkan manfaat besar kepada ekonomi tempatan.

Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

MYMBN gantung sementara eksport sarang burung ke China atas arahan DVS
Penggantungan itu susulan Virus Penyakit Newcastle di Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.