PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan tiga syarikat penerbangan - Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo - telah mencapai kata putus berhubung harga tiket penerbangan ketika musim perayaan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kata putus itu dicapai dalam mesyuarat kira-kira 72 jam sejak Khamis (14 April) dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Mereka telah ada kata putus dan saya berasa lega, kerana ia telah mencapai satu penyelesaian," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu, bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 di sini hari ini.
Isu harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak menjadi tajuk perbualan hangat, apabila harga yang dipaparkan pada laman web syarikat penerbangan dikatakan meningkat sehingga RM2,000 bagi penerbangan dua hala ke Sabah atau Sarawak, iaitu peningkatan kira-kira 566 peratus berbanding kebiasaan sekitar RM300 bagi perjalanan sama.
Satu tangkap layar juga tular menunjukkan harga tiket penerbangan ke Tawau, Sabah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Mei depan adalah pada RM3,208.96 bagi kelas ekonomi dan RM3,617.09 bagi kelas perniagaan.
Ketua Setiausaha MOT Datuk Isham Ishak dilaporkan berkata lebih 30 peratus harga tiket penerbangan telah diturunkan, susulan kesediaan MAVCOM untuk bertolak ansur menurunkan kadar harganya pada musim perayaan.
Wee berkata MOT sedia bekerjasama dengan semua pihak bagi mengatasi trend peningkatan harga tiket penerbangan yang dikatakan bukan hanya berlaku di Malaysia malah di tempat lain juga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022

Menteri Pengangkutan berkata kata putus itu dicapai dalam mesyuarat kira-kira 72 jam sejak Khamis (14 April) dan akan diumumkan dalam masa terdekat. - Gambar fail
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Tiket kapal terbang: Macam nak beli KFC tapi pergi McDonald's - Loke sindir Ka Siong
Anthony Loke hairan bagaimana Datuk Seri Wee Ka Siong hanya memeriksa harga tiket kapal terbang menggunakan satu aplikasi yang sama meskipun menggunakan tiga telefon bimbit.

Kata putus harga tiket penerbangan musim perayaan dicapai - Wee Ka Siong
Menteri Pengangkutanberkata kata putus itu dicapai dalam mesyuarat kira-kira 72 jam sejak Khamis dan akan diumumkan dalam masa terdekat.