KOTA BHARU: Jumlah katil klinikal untuk menampung pesakit kategori satu dan dua, yang berisiko mendapat komplikasi awal COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Gelanggang Seni di sini, akan ditambah bagi menampung keperluan semasa.
Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yacob berkata, pusat kuarantin yang kelapan di negeri itu pada awalnya hanya akan menempatkan 30 katil klinikal, namun melihat kepada keadaan terkini pihaknya merancang untuk menambah 30 lagi katil.
Beliau berkata, tambahan katil itu dilihat satu keperluan susulan situasi semasa kes harian COVID-19, yang masih menunjukkan tiga angka hampir setiap hari.
"Kita tidak menolak kemungkinan untuk menambah katil klinikal di PKRC Gelanggang Seni yang dijangka bakal beroperasi pada Selasa ini, susulan keadaan COVID-19 di negeri ini yang mempunyai kes tinggi," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di PKRC Gelanggang Seni hari ini.
Dr Mohd Azman berkata keperluan katil klinikal di PKRC itu juga, susulan wad-wad di hospital induk yang menguruskan pesakit COVID-19 telah penuh.
"Jadi kita terpaksa meletakkan pesakit COVID-19 kategori satu dan dua di PKRC itu yang berkemungkinan mendapat komplikasi awal, terutamanya melibatkan warga emas dapat dipermudahkan.
"Kita cuba untuk mengawal keadaan pesakit. Sebagai contoh, mereka berada di sini apabila berada dalam kategori satu dan dua, namun apabila mereka memerlukan oksigen mereka automatik sudah menjadi kategori tiga, oleh itu kita akan uruskan terapi oksigen dan juga rawatan susulan di PKRC ini," katanya.
Dr Azman berkata PKRC itu juga akan dilengkapi dengan tangki oksigen perubatan, alat bacaan nadi dan kepekatan oksigen, untuk merekodkan tahap oksigen dalam darah.
Beliau berkata pihaknya akan menempatkan pegawai perubatan berpengalaman, yang menguruskan pesakit COVID-19 di PKRC itu, selain pakar perubatan penyakit berjangkit juga akan melakukan rondaan pada setiap hari.
"Melalui PKRC ini, ia sekali gus dapat meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan PKRC di negeri ini kepada peringkat lebih tinggi, memandangkan sebelum ini kita tidak memberi rawatan oksigen di PKRC, namun sebaliknya di PKRC ini pesakit menerima bekalan oksigen yang dibekalkan akan kekal berada di sini," katanya.
Bernama
Sun May 09 2021

Dr Mohd Azman Yacob berkata, tambahan katil itu dilihat satu keperluan susulan situasi semasa kes harian COVID-19, yang masih menunjukkan tiga angka hampir setiap hari. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

MATA cadang kerajaan manfaatkan hotel bajet sebagai PKRC
Ini mengambil kira situasi sesak dan penuh di PKRC-PKRC terutamanya di Lembah Klang.

COVID-19: Kemasukan pesakit di PKRC Kelantan meningkat selepas Raya Haji
Kemasukan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini meningkat sejak beberapa hari lepas, selepas Hari Raya Aidiladha.

Kapasiti PKRC seluruh negara kini 60 peratus - KP NADMA
Kadar kapasiti penggunaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara ketika ini berada pada tahap 60 peratus.

Wartawan Astro AWANI kongsi pengalaman jalani kuarantin di PKRC
Pengalaman dilalui menjentik keinsafan buat Nur Fazlizai Ali melihat pengorbanan besar petugas kesihatan di barisan hadapan.

Katil klinikal di PKRC Gelanggang Seni, Kota Bharu ditambah
Jumlah katil klinikal untuk menampung pesakit yang berisiko mendapat komplikasi awal COVID-19 di PKRC Gelanggang Seni akan ditambah.

Perginya seorang ayah angkara COVID-19...
Kehilangan orang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diterima oleh mana-mana individu, namun ia harus jua ditelan dengan reda.

COVID-19: NADMA sedia berdepan sebarang kemungkinan
Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya bersedia untuk meningkatkan dan mengemas kini kemudahan sekiranya terdapat keperluan.

COVID-19: PKRC kedua dibuka di Labuan, tampung peningkatan kes positif
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pembukaan PKRC kedua itu bagi menampung kapasiti rawatan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat di situ.

PKRC MAEPS, Serdang ditutup secara rasmi 15 Julai ini
Sehingga 10 Julai 2020, PKRC telah berjaya merawat seramai 1,362 orang pesakit di mana majoriti adalah orang bukan warganegara (86 peratus).