KUALA LUMPUR:Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinasional (MNC), badan yayasan dan semua wakil rakyat digesa campur tangan dalam menyelesaikan isu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga mencetuskan pelbagai polemik.
Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara Senator Datuk Razali Idris berkata isu itu timbul disebabkan ketidaksamarataan akses internet, kekurangan peranti teknologi untuk pelajar dan guru sehingga membebankan ibu bapa.
"Isu PdPR telah mencetuskan satu fenomena nasional hampir seminggu lalu...ia melibatkan kelompok B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
"Kaukus ini secara tegas memohon GLC dan MNC berkaitan telekomunikasi menunjukkan sikap solidariti dengan memberi pakej internet dan telefon pintar dengan harga patut serta kepenggunaan yang disesuaikan dengan PdPR selain pemberian data tanpa had bagi sistem capaian internet.
"Badan yayasan yang ada dan seluruh wakil rakyat juga perlu tampil membantu kumpulan bersasar ini untuk mendepani permasalahan PdPR dan isu yang sangat serius dalam capaian internet," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada masa sama Razali berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu menyegerakan pembinaan menara telekomunikasi termasuk melipatgandakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) serta memobilisasikan logistik dan kenderaan pembekalan internet ke kawasan capaian internet yang sukar didapati.
"Kementerian Pendidikan (KPM) juga perlu menyegerakan senarai atau data untuk mengenal pasti pelajar yang tiada peranti teknologi menerusi pangkalan data sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," katanya.
Menurut beliau menerusi Dapatan Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian (Online Learning) yang dijalankan pada pertengahan 2020, didapati lebih 30 peratus atau kira-kira 280,000 pelajar tidak mempunyai peranti untuk mengikuti PdPR.
"Kajian melibatkan 670,118 responden yang merupakan ibu bapa kepada 893,331 pelajar menunjukkan enam peratus pelajar memiliki komputer peribadi, 9.3 peratus pelajar memiliki komputer riba, 5.8 peratus pelajar memiliki tablet dan 46.5 peratus pelajar memiliki telefon pintar.
"Sepatutnya, KPM telah bersedia lebih awal dalam mengendalikan krisis komunikasi pendidikan bagi pandemik COVID-19 di negara ini," katanya yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia.
Menurut beliau, cabaran PdPR dalam pendidikan negara perlu ditangani sebaiknya kerana boleh mempengaruhi prospek hidup dan mobiliti sosial jangka masa panjang, selain memberi impak kepada kesihatan fizikal dan mental sesebuah keluarga.
"Justeru, satu usaha melipatgandakan penggunaan teknologi dan merapatkan jurang digital antara segenap lapisan masyarakat perlu dilakukan dengan segera. Sekiranya tidak, kesan jangka panjang akan meluaskan jurang ketidaksamaan dan menyebabkan lebih ramai anak tercicir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021
Kementerian Pendidikan perlu menyegerakan senarai atau data untuk mengenal pasti pelajar yang tiada peranti teknologi menerusi pangkalan data sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. - Foto BERNAMA
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Banjir: PdPR diteruskan, pastikan pelajar tidak keciciran - Fadhlina
Fadhlina berkata pihak sekolah sememangnya bersedia untuk melaksanakan kaedah PdPR termasuk menyediakan bahan kepada pelajar.
Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.
Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.
Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.
Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.
JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.
Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.