KUALA LUMPUR: Kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di sini, mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Seawal 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada 9 pagi.
Seorang peniaga makanan dari Wangsa Maju Ismail Aziz, 28, berkata beliau tiba di Bukit Jalil sejak 6 pagi tadi, untuk membayar saman kenderaan.
"Peluang mendapat diskaun saman sehingga 50 peratus ini bukan selalu ada...saya akan mengambil peluang ini walaupun terpaksa keluar awal dari rumah.
"Saya tidak kisah untuk beratur panjang dan menunggu lama, kerana saya tidak mahu nama saya disenaraihitamkan kerana ada saman polis," katanya kepada Bernama.
Pensyarah di sebuah universiti swasta di ibu negara Rosnaini Hamzah, 40, pula berkata beliau sanggup datang dari Klang ke Bukit Jalil, semata-mata bagi mendapatkan diskaun saman.
"Saya dapat maklumat daripada media sosial PDRM ada beri diskaun saman. Jadi, peluang yang ada ini boleh saya bayar banyak saman tertunggak," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis trafik berkata setakat ini tiada sebarang ketetapan berhubung kuota untuk membayar saman, namun ia bergantung kepada keadaan.
Beliau berkata hanya mereka yang membayar saman sempena program berkenaan di Bukit Jalil sahaja akan mendapat diskaun sehingga 50 peratus.
"Selain itu, mereka yang ada baucar saman juga boleh dapat diskaun 50 peratus, walaupun pembayaran dibuat secara dalam talian," katanya.
Menurut jurucakap polis, kaunter pembayaran saman di Bukit Jalil akan dibuka sehingga 5 petang, namun ia bergantung kepada keadaan orang ramai yang hadir sekiranya perlu dilanjutkan hingga malam.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jall di sini, bermula hari ini, untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan, sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 Nov tahun lepas.
Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat, melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
![Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702017172_TBSetahunMadani.jpg)
Kaunter bayaran saman diskaun 50 peratus dapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI hari pertama di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. -Bernama
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
![Diskaun 30 peratus saman trafik di Karnival Kita Madani peringkat Kedah Diskaun 30 peratus saman trafik di Karnival Kita Madani peringkat Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681890757_SamanTrafik.jpg)
Diskaun 30 peratus saman trafik di Karnival Kita Madani peringkat Kedah
Karnival anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kedah dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan kerajaan lain, menyasarkan kira-kira 3,000 pengunjung di negeri ini.
![Bas rempuh lori: Pemandu ada 15 saman trafik, bas ada 38 saman terkumpul Bas rempuh lori: Pemandu ada 15 saman trafik, bas ada 38 saman terkumpul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717148843_basrempuhlori.jpg)
Bas rempuh lori: Pemandu ada 15 saman trafik, bas ada 38 saman terkumpul
Pemandu bas ekspres yang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di kilometer (KM) 290.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini mempunyai 15 rekod saman trafik.
![Polis keluar hampir 700 saman terhadap pelajar 2 sekolah di Petaling Jaya Polis keluar hampir 700 saman terhadap pelajar 2 sekolah di Petaling Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702624621_TBSIDANGMEDIALETUPAM.jpg)
Polis keluar hampir 700 saman terhadap pelajar 2 sekolah di Petaling Jaya
Sebanyak 689 saman kesalahan lalu lintas membabitkan pelajar dua sekolah di Petaling Jaya direkodkan sejak Januari lepas.
![Program Setahun Bersama Kerajaan Madani: Lebih 37,000 saman trafik dijelaskan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani: Lebih 37,000 saman trafik dijelaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702107964_TBMADANISETAHUN.jpg)
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani: Lebih 37,000 saman trafik dijelaskan
Sebanyak 37,242 saman trafik telah dijelaskan dalam tempoh dua hari bermula Jumaat lepas sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.
![Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702017172_TBSetahunMadani.jpg)
Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah
Seawal 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada 9 pagi.
![Diskaun saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Diskaun saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681890757_SamanTrafik.jpg)
Diskaun saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
PDRM akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bermula 8 hingga 10 Dis ini.
![Treler hilang kawalan punca kemalangan maut Treler hilang kawalan punca kemalangan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692244400_trelersimenterbaba.jpg)
Treler hilang kawalan punca kemalangan maut
Nahas yang meragut nyawa dua pemandu treler di Kilometer 317.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Rabu dipercayai berpunca daripada treler membawa muatan simen yang hilang kawalan.
![Polis Pulau Pinang kutip hampir RM5 juta bayaran saman Polis Pulau Pinang kutip hampir RM5 juta bayaran saman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639294846_saman.jpg)
Polis Pulau Pinang kutip hampir RM5 juta bayaran saman
Polis Pulau Pinang merekodkan kutipan bayaran saman hampir RM5 juta sejak pelaksanaan tawaran diskaun 80 peratus saman trafik sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula Khamis lepas.
![Lelaki menyamar sebagai pegawai kanan polis Bukit Aman ditahan Lelaki menyamar sebagai pegawai kanan polis Bukit Aman ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81595555534_NikEzaneeMohdFais.jpg)
Lelaki menyamar sebagai pegawai kanan polis Bukit Aman ditahan
Suspek berumur 25 tahun itu ditahan susulan laporan diterima daripada seorang lelaki dan pihaknya turut merampas satu objek menyerupai pistol berwarna hitam.
![Sasaran 30 ribu pengunjung di Karnival dan Hari Terbuka Putrajaya Sasaran 30 ribu pengunjung di Karnival dan Hari Terbuka Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61570251170_TBAminuddinHassim.jpg)
Sasaran 30 ribu pengunjung di Karnival dan Hari Terbuka Putrajaya
Lebih 200 perkhidmatan ditawarkan daripada 23 kementerian serta 101 agensi kerajaan bersempena Hari Terbuka Putrajaya.