GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor meminta pihak berkuasa mengawal dan mengadakan garis panduan tertentu bagi aktiviti kebudayaan serta kesenian yang diadakan di negara ini.
Beliau berkata ia perlu supaya aktiviti tersebut tidak menyimpang daripada ajaran agama, nilai murni dan budaya ketimuran.
"Golongan yang tersilau dengan kegemerlapan tamadun Barat sering cuba menampilkan budaya asing untuk disogok kepada rakyat negara ini terutama generasi baharu sebagai sasaran utamanya.
"Dengan mengundang artis Barat terutama yang diketahui pendiriannya yang menyokong budaya songsang LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) merupakan satu dorongan dan rangsangan yang kuat kepada penyelewengan akhlak khususnya dalam kalangan anak-anak muda. Seterusnya situasi ini juga akan mengheret mereka ke arah melakukan jenayah, keganasan dan penagihan dadah," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Wan Salim berkata amat dikesali ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-65, masih ada kalangan yang terus berusaha menghakis jati diri rakyat Malaysia yang bersendikan ajaran agama, nilai akhlak dan tradisi ketimuran.
Minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berpendirian penganjuran konsert yang merosakkan tidak perlu diadakan di negara ini kerana sekiranya hiburan tanpa batasan menjadi budaya, ia akan membawa kepada pembinaan generasi yang pincang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022

WAN SALIM: Golongan yang tersilau dengan kegemerlapan tamadun Barat sering cuba menampilkan budaya asing untuk disogok kepada rakyat negara ini. - Foto fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.

Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam
Katanya, kejahilan sering merugikan dan oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu secara berterusan sehingga ke liang lahad.

Semua pihak harus sokong titah Sultan Pahang, jaga kesucian masjid - Mufti Pulau Pinang
Semua pihak harus menyokong titah Sultan Pahang Al-Sultan yang mengingatkan supaya masjid tidak digunakan sebagai medan untuk berpolitik.

Ramadan: Pembaziran sempitkan peluang pembangunan rohani - Mufti
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, budaya negatif itu bercanggah dengan tujuan unggul di sebalik kefarduan ibadat puasa iaitu untuk menyuburkan rohani seorang Muslim.

Penubuhan JPSM perkembangan positif - Mufti P.Pinang
Wan Salim berkata penubuhannya dilihat akan dapat menamatkan pertindihan kuasa antara Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah.

Air kumbahan telah dirawat suci untuk digunakan - Mufti
Katanya, keputusan dibuat pada 7 Nov 2008 berhubung kes pengurusan air sisa buangan dari pusat penyembelihan ternakan Sungai Pinang.

Mufti nasihat Siti Nurhaliza tunda tarikh konsert menjelang Ramadan
Konsert Siti dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac dan bulan puasa pada tahun ini dijangka jatuh pada 12 Mac 2024.

Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.

Umat Islam perlu berhati-hati pilih makanan, minuman - Mufti
Mufti Pulau Pinang berkata, Islam melarang penganutnya meminum minuman memabukkan dan makanan tidak halal.

Wakil rakyat menang PRN henti politik, jalankan kerja - Mufti Pulau Pinang
Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat.