BUKIT KAYU HITAM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka penggunaan teknologi baharu serta inovasi termasuk penggunaan dron dan kecerdasan buatan (AI) dalam penugasan pihak berkuasa mengawal sempadan negara.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia susulan beberapa kekangan dalam membina pagar sempadan Malaysia-Thailand yang baharu, terutama melibatkan kos disebabkan jarak terlalu panjang.
Jelas beliau, penggunaan teknologi itu mampu membantu pasukan keselamatan negara untuk menangani masalah berkaitan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan yang lain.
Tambah Saifuddin, pihaknya juga akan memberikan penumpuan kepada kehadiran fizikal pasukan keselamatan dalam aspek kawalan kawasan sempadan.
"(Tumpuan di KDN) bukan hanya (libatkan) soal pemasangan pagar (sempadan), (tetapi) ruang (penggunaan) kepada inovasi dan teknologi.
"(Contohnya adalah seperti penggunaan) dron kawalan, (malahan) sekarang (ini) ada kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi strategik dan aspek dron (yang saya sebutkan tadi) itu antara (teknologi) yang (kita) terokai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Lawatan Hari Raya dan Penyampaian Sumbangan Menteri Dalam Negeri di Markas Taktikal (Martak), Bukit Kayu Hitam pada Selasa.
Sebelum ini, kerajaan menerusi KDN menyatakan akan membuat kajian mengenai usaha menaik taraf dan pembaikan pagar sempadan Malaysia-Thailand yang difahamkan berada dalam keadaan yang uzur dan rosak.
Ia bertujuaan untuk memastikan dan menjamin keselamatan di kawasan berkenaan dari semasa ke semasa.
Abd Hadi Che Awang
Tue Apr 25 2023

Penggunaan teknologi itu mampu membantu pasukan keselamatan negara untuk menangani masalah berkaitan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan yang lain. - Gambar hiasan

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

JPKSN teliti kertas pembentangan kawalan dan penguatkuasaan sempadan negara
Antaranya melibatkan peruntukan RM1 bilion bagi pembangunan sempadan Sarawak dan Sabah dengan Kalimantan, seperti pengumuman PM sebelum ini.

Guna AI perkasa tugas kawal sempadan negara - Raja Muda Perlis
Langkah itu dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasa penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.

Polis tingkat keselamatan sempadan negara tangani jenayah kian kompleks - KPN
Polis mempertingkatkan tahap kawalan sempadan negara bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terus terjamin.

Kawalan sempadan: KDN teroka teknologi baharu, kecerdasan buatan - Saifuddin
KDN sedang meneroka penggunaan teknologi baharu serta inovasi termasuk penggunaan dron dan kecerdasan buatan (AI) dalam penugasan pihak berkuasa mengawal sempadan negara.

Teras utama KDN perkukuh kawalan sempadan negara berjaya dicapai - Hamzah
Teras yang menggariskan tiga inisiatif ditetapkan kementerian itu berjaya dicapai menerusi kerjasama agensi-agensi di bawahnya.

Keputusan lanjutan PKPB di Kuching ditentukan Ahad ini - Masing
Keputusan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuching hanya akan ditentukan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad.

Kekang PATI: Kawalan sempadan negara terus diperketat, diperhebat - Ismail Sabri
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemantaun bagi mengawal sempadan termasuk lorong tikus terus diperhebatkan dan diperketatkan.

COVID-19: Benarkah sempadan negara poros?
Wilayah maritim Malaysia adalah lebih luas daripada wilayah daratnya, juga boleh menyebabkan kesukaran dalam mengurus dan mengawasinya.