KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk memastikan pembinaan fasiliti sukan sempena penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2028 di Kelantan siap mengikut jadual.
Menterinya Hannah Yeoh berkata status pembinaan fasiliti sukan untuk temasya berkenaan sentiasa dipantau oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) selain mesyuarat tapak diadakan setiap bulan bagi memastikan pelaksanaan projek mengikut jadual siap sepenuhnya pada Mac 2026.
"Hasil pemantauan juga akan dibawa pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan pada setiap bulan mengikut jadual," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh yang ingin tahu mengenai status persediaan Kelantan sebagai tuan rumah Sukma 2028 serta pemantauan pembinaan fasiliti sukan supaya isu penangguhan tidak berlaku lagi.
Media sebelum ini melaporkan Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah Sukma 2024 manakala Majlis Sukan Negara (MSN) akan menganjurkan temasya itu pada 2026.
Kelantan pula bersetuju untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah edisi 2028 untuk memberikan mereka tempoh persiapan yang lebih panjang.
Selain itu, Hannah berkata status terkini Stadium, Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Putih, Kelantan yang menelan belanja RM180 juta masih belum tersedia berikutan kerja-kerja letupan batuan.
Beliau berkata kerajaan Kelantan dijangka mendapat pemilikan tapak itu pada 13 April ini.
"Bagi pembinaan Arena Tertutup Kompleks Sukan Bukit Merbau, Stadium Hoki Bukit Merbau dan Lapang Sasar Menembak masih dalam proses perolehan di peringkat Jabatan Kerja Raya.
"Pembinaan Pusat Skuasy, Lawnball Berbumbung dan Pusat Akuatik pula masih dalam peringkat perancangan dan akan dilaksanakan oleh JKR," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024

Hannah berkata status pembinaan fasiliti sukan untuk temasya berkenaan sentiasa dipantau oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KBS komited pembinaan fasiliti Sukma 2028 di Kelantan siap ikut jadual
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk memastikan pembinaan fasiliti sukan sempena penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2028 di Kelantan siap mengikut jadual.