KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman (KDA) FC menafikan pasukan itu akan melantik bekas pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe, sebagai Pengarah Teknikal menjelang musim baharu Liga Malaysia (Liga-M).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Khamal Idris Ali berkata spekulasi mengaitkan Cheng Hoe yang juga bekas Ketua Jurulatih Kedah dengan skuad Sang Kenari itu, adalah sekadar khabar angin.
Beliau berkata KDA FC yang menyasarkan pencapaian cemerlang pada musim 2022, ketika ini hanya menumpukan kepada persediaan pasukan menghadapi saingan Liga Super yang dijadual bermula awal bulan depan.
"Sekarang adalah waktu dia (Cheng Hoe) untuk berehat, tetapi tahun depan kita belum tahu lagi macam mana.
"KDA FC sendiri merasakan perjalanan musim 2022 adalah mencabar, jadi kita kena tumpukan pada pencapaian. Untuk waktu sekarang Cheng Hoe tidak terlibat dengan pasukan," katanya pada sidang media Majlis Memperkenalkan Penaja dan Rakan Rasmi pasukan bagi musim 2022 di sini, hari ini.
Pada masa sama, Khamal Idris berkata tiada sebarang tawaran diberikan kepada Cheng Hoe, memandangkan pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk membawa masuk jurulatih berusia 53 tahun itu.
Pengarah Teknikal KDA FC ketika ini adalah bekas pemain kebangsaan dan kapten pasukan Kedah era 90-an, Muhamad Radhi Mat Din.
Namun Bernama difahamkan bekas jurulatih Kedah Mustakim Omar bakal dilantik menggantikannya.
Sebagai rekod, Cheng Hoe melepaskan jawatan Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya awal tahun ini, berikutan kegagalan pasukan negara melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, Disember lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022

KDA FC ketika ini hanya menumpukan kepada persediaan pasukan menghadapi saingan Liga Super yang dijadual bermula awal bulan depan. - Facebook KDA FC

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.

Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.

Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.

Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.

Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.

Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.

Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.

Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.

Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.