KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular dan mencetuskan perdebatan.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, siasatan akan dilakukan bagi melihat sama ada rakaman audio itu tulen atau sebaliknya.
"Sudah tentu kita siasat semua laporan yang telah diberikan kepada kita... pertama, siasat tentang authentic (ketulenan). Apakah ada perbualan itu? Kalau tidak ada perbualan itu maka bermakna cerita yang dibuat-buat itu adalah cerita fitnah.
"Kalau ceritanya betul saya dengar ceritanya Zahid mengaku bahawa Anwar Ibrahim sebagai cikgu cerita yg betul... kalau betul salah ke Anwar Ibrahim jadi cikgu kepada Zahid?
"Yang dua-dua nak marah ini apa pasal? Saya pun hairan juga, satu... salah ke UMNO nak bekerjasama dengan PKR? Kalau salah, terpulang kepada mereka. Jadi kalau mereka kata tak ada, mereka tak pernah bincang jadi maknanya tak benar lah kata UMNO nak bersubahat dengan PKR, jadi apa hal pula nak hantar surat kepada Agong?" kata beliau dalam sidang media pada Khamis.
Mengulas mengenai kerjasama antara UMNO dengan PKR seperti dalam perbualan itu, beliau berkata, itu terpulang kepada kedua-dua pihak berkenaan.
Sejak semalam audio perbualan di antara dua individu yang dikatakan mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tersebar di media sosial.
Rakaman audio berdurasi empat minit 17 saat yang tular dalam media sosial itu antara lain memaparkan suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang lalu, menerusi panggilan telefon.
BACA: Annuar Musa dakwa rakaman audio mirip suara Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi tulen
Astro Awani
Thu Apr 08 2021

Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, siasatan akan dilakukan Kementerian Dalam Negeri bagi melihat sama ada rakaman audio itu tulen atau sebaliknya. - Gambar fail
AWANI Ringkas 11 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Mac 2025
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Letupan Bom di Sungai Golok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Putera Mahkota Arab Saudi, Setiausaha AS bincang perkembangan serantau dan antarabangsa
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.

Jenazah ketiga kemalangan di Senawang selamat dikebumikan
Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan Allahyarham Aisar Azim dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir remaja itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [11 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Geegee Ahmad
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi

'Kopi Penumbuk' dikesan kandungi Tadalafil - Agensi Makanan Singapura
Agensi itu menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau mengambil produk yang dipasarkan di platform e-dagang tempatan sebagai produk kopi.
AWANI Pagi: ASEAN Kita: ASEAN & Australia, stronger together
Join us for a special episode of ASEAN KITA as we sit down with H.E. Tiffany McDonald, Australia's Ambassador to ASEAN. We’ll explore Australia’s strategic vision, economic partnership, climate collaboration, and expectations for ASEAN as Malaysia chairs the region in 2025. Stay tuned for insights on the future of ASEAN-Australia ties!

97 kompaun dikeluarkan kepada pengendali makanan bazar Ramadan di Kelantan
Zaini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Institusi pondok rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam – Saifuddin Nasution
Institusi pondok memiliki kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama dengan KDN dan PDRM.

KDN kenal pasti calon Ketua Pengarah AKPS - Saifuddin Nasution
Proses pemilihan calon terbaik untuk mengemudi AKPS telah dibincangkan bersama Perdana Menteri selepas mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Penambahbaikan proses permit masuk pasangan warganegara dilaksanakan 1 Sept
Penambahbaikan proses permit masuk bagi pasangan warganegara akan dilaksanakan mulai 1 Sept depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).