LENGGONG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal membina bangunan baharu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu berhampiran pintu sempadan antarabangsa.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata pembinaan itu susulan kedudukan ICQS Bukit Berapit yang agak jauh iaitu kira-kira 700 meter dari pintu sempadan antarabangsa hingga boleh menyebabkan isu pencerobohan dan penyeludupan sama ada ke luar atau ke dalam negara kerap berlaku.
"Keputusan pembinaan ICQS diatur dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk masa akan datang supaya isu berbangkit dapat diselesaikan secara tersusun.
"Namun demikian kerana RMK13 masih lagi jauh, kerja-kerja penyediaan dokumen dan skop kerja akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan kerja-kerja fizikal dapat dilakukan dengan lancar apabila peruntukan diluluskan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN MADANI di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), di sini, hari ini.
SHAMSUL ANUAR-ICQS 2 (AKHIR) LENGGONG
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Shamsul Anuar berkata pembinaan ICQS tersebut dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara yang turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution pada 11 April lalu.
Katanya, isu pencerobohan dan penyeludupan sering dibangkitkan pada mesyuarat keselamatan peringkat daerah dan negeri dan menjadi perhatian kerajaan negeri dan Persekutuan.
"Untuk jangka masa pendek, KDN bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat keputusan akan memindahkan sekatan jalan raya PDRM daripada kedudukan sekarang ke pintu hadapan antarabangsa.
"Ini membolehkan kawalan dan saringan PDRM boleh dibuat di situ. Ia merupakan jangka masa pendek dan kita harap isu pencerobohan dan penyeludupan dapat ditangani oleh PDRM bersama agensi yang lain seperti Jabatan Imigresen.
"Kalau kita lihat sekatan jalan raya dengan pintu sempadan antarabangsa jauh menyebabkan teksi sapu Thailand boleh masuk kerana imigresen berada jauh. Langkah jangka pendek kita pindahkan berhampiran pintu antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN MADANI di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi'
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.

Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301
Enam tajuk penerbitan tersebut termasuk 'A Million Kisses In Your Lifetime' oleh Monica Murphy dan 'What If It's Us' oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.

KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.

KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.