ALOR GAJAH: Pegawai dan anggota penguat kuasa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak menyebarkan kepada umum sebarang siasatan dalaman yang dilaksanakan mereka.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata mana-mana pegawai atau anggota yang dikesan menyebarkan laporan siasatan dalaman boleh dihukum mengikut undang-undang sedia ada.
"Apa juga kesalahan dilakukan (oleh pegawai dan anggota penguat kuasa) tentulah tindakan akan diambil berasaskan kepada peraturan yang ada.
"Penting juga kepada rakyat, apa-apa isu diterima, rujuklah kepada saluran maklumat yang tepat, itu lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke-52 peringkat Kebangsaan 2024 di Padang Kawad, Akademi RELA Malaysia (ALARM), Sungai Udang hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah RELA Yahya Sulaiman.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini dilaporkan berkata satu laporan polis dibuat pegawai penyiasat kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Ahad lepas, susulan penyebaran beberapa gambar dikatakan mayat kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.
Beliau dipetik sebagai berkata laporan dibuat bersabit penyebaran dokumen siasatan yang akan digunakan dalam perbicaraan di mahkamah menerusi aplikasi Telegram.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Shamsul Anuar (tengah) memeriksa Kawalan Kehormat Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun RELA ke-52 peringkat Kebangsaan 2024 hari ini.- Foto Bernama
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

KDN ingatkan pegawai, anggota penguat kuasa tidak sebar siasatan dalaman
Pegawai dan anggota penguat kuasa agensi di bawah KDN diingatkan supaya tidak menyebarkan kepada umum sebarang siasatan dalaman.