Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mencari formula, sistem mahupun prosedur baharu untuk mengekang lambakan kemasukan warga asing ke negara ini khususnya dari negara Afrika.
Bekas Ketua Imigresen Operasi KLIA, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata antara sistem yang boleh digunakan ialah "Advance Passengers Clearance", iaitu satu sistem bagi mengenalpasti rekod-rekod jenayah melibatkan pelawat luar yang memasuki Malaysia.
Katanya, pendekatan baharu perlu dicari memandangkan jumlah kemasukan warga asing khususnya dari benua Afrika ke negara ini semakin bertambah sejak 1999 hingga kini, dan ia amat membimbangkan berikutan peningkatan jumlah kes jenayah kecil dan besar yang melibatkan warga asing itu.
"Sebab antara ancaman dia adalah jenayah, kes-kes militan. Sekarang ini kita lihat banyak warga negara kita kena tangkap dan ada warga asing.
"Ini ancaman kepada keselamatan kita," katanya dalam program Upsound terbitan Bernama News Channel.
Dalam pada itu, Shahul Hamid turut menggesa agar kerajaan mengguna pakai sistem "Psikometrik" di setiap pintu masuk negara, terutamanya di lapangan terbang, bagi memudahkan pihak penguat kuasa mengenal pasti niat dan tujuan para pelancong masuk ke negara ini.
Katanya, psikometrik adalah suatu instrumen pentaksiran yang direka bagi mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif secara tepat dan terlaksana tentang keupayaan seseorang bertindak balas.
"Maknanya, langkah je masa dia lalui depan pintu imigresen itu, kita boleh tahu sama ada dia ni pelancong tulen atau tidak. Beberapa soalan akan kita kemukakan kepada mereka, dan daripada jawapan yang menimbulkan keraguan, mereka tidak dibenarkan masuk," tambah beliau.
Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia, sepanjang 2018 sehingga hari ini, seramai 282 warga Afrika ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
Terbaru, seorang lelaki Nigeria didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang mayatnya ditemui dalam unit kondominium dekat Cyberjaya, pada 15 Mei lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2019
Pendekatan baharu perlu dicari memandangkan jumlah kemasukan warga asing khususnya dari benua Afrika ke negara ini semakin bertambah sejak 1999 hingga kini.
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
KDN perlu tangani lambakan warga asing
Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mencari formula, sistem mahupun prosedur baharu untuk mengekang lambakan kemasukan warga asing ke negara ini khususnya dari negara Afrika.
'Fast and Furious 6' atasi 'The Hangover Part lll'
"Fast and Furious 6" telah mengatasi kutipan filem "The Hangover Part 3" pada minggu pembukaan di Amerika.