KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dijangka melebihi unjuran awal antara 6.5 peratus hingga tujuh peratus, kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, dengan sentimen yang kekal positif pada hujung tahun 2022 serta prestasi ekonomi yang memberangsangkan ekoran pembukaan semula ekonomi selaras dengan fasa peralihan ke endemik COVID-19, kadar pengangguran juga telah menurun kepada 3.6 peratus pada Oktober 2022.
"Pun begitu, ia masih belum pulih seperti mana kadar guna tenaga penuh sebelum krisis COVID-19 iaitu 3.3 peratus dan kebimbangan kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur bawah 25 tahun yang masih tinggi iaitu mencecah 10 peratus," jelas Perdana Menteri.
Anwar berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, kekusutan konflik geopolitik yang berlaku menekan inflasi global dan melemahkan pertumbuhan ekonomi sementara kenaikan harga komoditi serta bahan makanan turut memberi dampak yang buruk kepada kos sara hidup rakyat Malaysia.
Menurutnya, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global menurun daripada 3.2 peratus untuk tahun 2022 kepada 2.7 peratus pada tahun 2023.
"Dalam mendepani dampak global yang mengesankan ini, Kerajaan Perpaduan mendukung prinsip keseluruhan negara.
"Semua pihak perlu bersama kerajaan dalam memformulasi pendekatan yang menyeluruh. Golongan maha kaya dan konglomerat yang meraih laba yang besar susulan peningkatan harga komoditi dan subsidi kerajaan mesti turut menyumbang ke arah sejahtera rakyat terutamanya B40, M40 dan peniaga kecil," kata Anwar.
Misalnya, tambah beliau syarikat Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) telah bersetuju untuk menyumbang RM10 juta bagi tahun ini dan RM50 juta bagi tahun hadapan kepada para pesawah miskin.
Kerajaan, jelasnya juga sehabis daya akan memperkukuh petunjuk ekonomi, mengembalikan keyakinan pelabur serta bina semula Malaysia.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menzahirkan rasa terharu beliau dengan sambutan dan sokongan negara-negara luar yang memberikan komitmen dan kerjasama untuk meneroka potensi perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia.
"Misalnya, Sultan Brunei (Sultan Hassanal Bolkiah) yang menawarkan supaya Brunei Investment Agency (Agensi Pelaburan Brunei) meneroka peluang pelaburan baharu di Malaysia dan ini sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara," jelas Anwar.
Beliau menambah, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) dan Kementerian Kewangan turut ditugaskan untuk menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan dan meningkatkan pelaburan berkualiti ke arah menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia, terutamanya untuk golongan belia.
Pada masa yang sama, kawal selia bagi pekerja asing juga telah dipusatkan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan pemain industri dapat berkembang maju, khususnya sektor komoditi, pembinaan dan pelancongan. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dijangka melebihi unjuran awal antara 6.5 peratus hingga tujuh peratus, kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.