KANGAR: Keadaan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad kini semakin bertambah baik, dan ditempatkan di wad biasa selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada 14 Mei.
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer dari PAS itu, akan diberikan rehat dalam tempoh tertentu selepas dibenarkan keluar hospital nanti, sebelum kembali bertugas seperti sedia kala.
"Kena berehat dulu...tidak ada gangguan (pada Tahun Melawat Perlis 2024-2025) sebab Wan Zikri (Afthar Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis) ambil alih, sebab nak bagi peluang Wan Badariah ini rehat dan pegawai kerajaan turun melaksanakan apa yang kita rancang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Nuraleya Syazreena Roslan Anuar, 18, yang cedera parah selepas motosikal dinaiki bersama suaminya dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Padang Benta, Simpang Empat dekat sini awal pagi semalam, di HTF hari ini.
Bernama semalam melaporkan akibat kejadian yang berlaku kira-kira 3 pagi itu, Nuraleya Syazreena, mengalami pendarahan dalam kepala serta patah tulang pinggang kiri dan kanan, manakala bayi dalam kandungannya berusia lima bulan meninggal dunia, sementara suaminya patah tulang paha kanan.
Ditanya sama ada jawatan Exco itu akan disandang ADUN lain, Mohd Shukri berkata pihaknya perlu melihat perkembangan keadaan dan kemampuan ADUN Mata Ayer itu dari semasa ke semasa terlebih dahulu dan tidak boleh membuat keputusan tergesa-gesa.
Mohd Shukri berkata portfolio Wan Badariah, 47, pada masa ini dipangku Wan Zikri dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis Megat Hashirat Hassan.
Pada 15 Mei, Bernama melaporkan Wan Badariah mendapatkan rawatan dan ditidurkan pada petang 14 Mei di ICU, HTF dan Menteri Besar Perlis dilaporkan sebagai berkata beliau ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.
Dalam pada itu, Mohd Shukri memberitahu pokok-pokok di tepi jalan di sepanjang jalan Tambun Tulang dan Simpang Empat itu yang dinilai membahayakan keselamatan orang ramai telah ditanda untuk dibuang.
"...memang banyak pangkah warna merah itu kan, jadi saya ingat kepada Pencinta Alam ini kena fahamlah, buang pokok itu bukan nak mengurangkan kehijauan itu, tetapi disebabkan keadaan bahaya kepada keselamatan...jadi, kita tengok bila berlaku peristiwa ini ada pokok-pokok yang sepatutnya dibuang, struktur tak kukuh," katanya.
Mengenai keadaan terkini Nuraleya Syazreena itu, Menteri Besar Perlis berkata mangsa sedang ditidurkan dan dirawat di ICU hospital berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Mohd Shukri berkata Wan Badariah akan diberikan rehat dalam tempoh tertentu selepas dibenarkan keluar hospital nanti, sebelum kembali bertugas seperti sedia kala. - Gambar FB Mohd Shukri
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.

Saif Ali Khan dalam keadaan baik selepas pembedahan
Doktor di hospital turut memaklumkan bahawa Saif telah diberikan makanan seperti biasa.

'Peguam rakyat' Ahmad Zaharil di ICU, anak rayu sokongan, doa
Anak kepada peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, memohon doa orang ramai untuk kesihatan bapanya yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.

Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Kejayaan itu dicapai di sebalik pasukan bergelut dengan kecederaan menimpa atlet dan jurulatih, memaksa perubahan saat akhir kepada rutin mereka.

Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.

Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.

Suspek tikam ibu saudara masih di ICU, belum stabil - Polis
Suspek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang setelah mengadu pening kepala sebaik tangkapan dijalankan.

Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly
Lebih banyak rumah baharu dan pembaikan rumah rosak atau uzur di bawah inisiatif RKI akan dilaksanakan dalam Parlimen Alor Gajah demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.

ADUN Mahkota dilapor dalam keadaan kritikal
Ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi tadi.