KUANTAN: Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin yang turut merebak ke sebuah ladang berhampiran Kampung Kerpal, Muadzam Shah sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata setakat ini kawasan yang masih terbakar berbaki kira-kira 32.37 hektar daripada 40.47 hektar yang terlibat dan pihaknya cuba mengawal supaya api tidak merebak ke kawasan lebih luas serta jauh ke dalam.
"Bomba berhadapan kesukaran untuk sampai ke lokasi kebakaran kerana ia agak ke dalam, tidak ada jalan masuk ke situ sekali gus menyukarkan untuk melakukan operasi pemadaman secara direct attack, selain membabitkan lima kawasan hotspot dan bukannya terbakar dalam satu kelompok serta faktor angin kencang.
"Masalah punca air untuk operasi pemadaman juga antara faktornya kerana di situ tidak mempunyai punca air terbuka seperti sungai dan bomba setakat ini menggunakan saluran air yang ada di ladang tersebut. Kaedah penggunaan pam air yang besar seperti ada di JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) tidak sesuai kerana punca air terhad," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang melaporkan Rompin mencatatkan status kualiti udara pada tahap tidak sihat susulan kebakaran tanah gambut di sebuah ladang berhampiran Kampung Kerpal, Muadzam Shah.
Biarpun berhadapan kesukaran, Wan Mohammad Zaidi berkata operasi pemadaman setakat ini terkawal dan mereka menggunakan teknik fire break iaitu membina parit bagi mengelakkan kebakaran merebak lebih luas serta turut mendapat bantuan dari agensi berkaitan seperti JPS dan JAS.
"Kami juga mendapat bantuan daripada pengurusan ladang yang menanggung kos penggunaan jentolak bagi membuat parit dan jalan masuk bagi membolehkan bomba masuk ke lokasi kebakaran untuk kaedah direct attack dan bagi operasi ini, ia melibatkan seramai 20 anggota dari Balai Bomba Rompin serta balai bomba berdekatan," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai serta pekerja ladang supaya tidak membuang puntung rokok yang masih menyala merata-rata dan mewujudkan punca kebakaran terbuka yang tidak terkawal di kawasan bahan mudah terbakar khususnya di tanah gambut kering yang apinya mudah merebak serta mengambil masa untuk dipadamkan.
"Kami dapati lokasi kebakaran ini adalah di kawasan yang sama terbakar pada Mac lepas yang membabitkan keluasan kira-kira 161.87 hektar dan telah berjaya dipadam sepenuhnya. Oleh itu, saya harapkan supaya masyarakat cuba elak hasilkan sebarang punca nyalaan api khususnya ketika musim panas ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin yang turut merebak ke sebuah ladang berhampiran Kampung Kerpal, Muadzam Shah sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi. - Gambar fail/FB Bomba Pahang
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.