KOTA KINABALU: Nota panggilan atau 'call sheet' dicetak tertera alamat tidak tepat yang diberikan pemanggil menyebabkan kelewatan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah tiba di rumah kejadian kebakaran di Taman Hungab, Penampang yang mengorbankan empat sekeluarga pada Selasa.
Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata berdasarkan rekod pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang tiba pada 3.04 pagi, setelah mendapat maklumat pada 2.52 yang mana maklumat tidak tepat itu menyebabkan pasukan itu tersasar, dan terpaksa mendapatkan maklumat sebenar untuk ke lokasi kebakaran sebenar.
"Semasa ketibaan, pasukan bomba mendapati bahawa api telah merebak di aras bawah dan atas rumah.
"Hasil siasatan menjurus kepada punca bebanan elektrik di tingkat bawah rumah dan bebanan api yang berlebihan menyebabkan api merebak dengan lebih cepat, dan jangkaan api bermula adalah pada jam 2.32 pagi," katanya menerusi kenyataan malam ini.
BACA: Empat sekeluarga rentung dalam kebakaran rumah di Penampang
Md Ali berkata mangsa dipercayai tidak berjaya menyelamatkan diri kerana bahagian bawah rumah telah dipenuhi api dan semua tingkap dan pintu keluar adalah berjeriji serta berkunci.
Mangsa dikenal pasti sebagai Matthew Wong, 50; dan dua anaknya Brendan Wong, 18, serta Eric Wong, 15, ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran jeriji kecemasan pada tingkap, manakala isterinya Jecky Vun Kon Fung, 48, di dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.
Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor ketika mengulas kejadian ini semalam mahu prosedur operasi standard (SOP) dalam Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 dipermudahkan, termasuk menyambung terus panggilan ke nombor atau daerah dan negeri yang terbabit khususnya di Sabah.
Mengulas mengenai panggilan itu, Md Ali berkata terdapat empat panggilan yang diterima pihak Pusat Panggilan MERS999, Melaka yang mana panggilan pertama yang diterima adalah pada jam 2.49:01 pagi dan panggilan yang kedua pada jam 2.49:02 pagi.
Beliau berkata, terdapat tiga Pusat Panggilan di seluruh Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Melaka dan Kuching, yang mana salah satu pusat panggilan akan menerima mana-mana panggilan kecemasan melalui panggilan 999.
Katanya petugas Pusat Panggilan MERS 999 telah mendapatkan empat maklumat asas iaitu berkenaan nama pemanggil, nombor telefon pemanggil, jenis kecemasan dan alamat lokasi kejadian dan maklumat tersebut telah disalurkan melalui Sistem Penghantaran Terbantu Komputer (CAD) kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM, Sabah dan BBP Penampang.
"JBPM telah menerima maklumat tersebut pada jam 2.52 pagi dan telah menggerakkan sepasukan anggota bomba ke lokasi kebakaran tersebut, dalam masa yang sama petugas Pusat Panggilan MERS999 masih lagi meneruskan panggilan untuk mendapatkan maklumat tambahan berdasarkan Protokol Kebakaran," katanya.
Md Ali berkata menerusi protokol itu, maklumat tambahan ini disalurkan kepada PGO JBPM Sabah dari semasa ke semasa yang akan dapat membantu pihak JBPM merancang strategi tindak balas operasi, sebelum panggilan tersebut dipanjangkan kepada PGO JBPM Sabah.
"Terdapat dua panggilan berkenaan kebakaran tersebut telah disambung ke PGO JBPM Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021

Md Ali berkata, maklumat tidak tepat itu menyebabkan pasukan bomba tersasar, dan terpaksa mendapatkan maklumat sebenar untuk ke lokasi kebakaran. - Gambar fail

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Jalan Keningau-Tenom ditutup susulan tanah runtuh - JKR Sabah
Jalan Keningau-Tenom di Kilometer 151.950/142.250 ditutup bermula hari ini atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh.

Wanita parah dihempap lantai restoran runtuh
Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Sabah laksana pelbagai inisiatif tangani masalah bekalan air - Shahelmey
Ia termasuk pembinaan projek LRA Kasigui bagi meningkatkan bekalan air di Putatan serta sebahagian kawasan selatan Kota Kinabalu.

Keputusan rayuan akhir Peter Anthony diketahui esok
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 akan diketahui esok.

Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman itu.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.