SHAH ALAM: Hormati individu kerugian jutaan ringgit dan mereka yang kehilangan sumber pendapatan, itu ingatan polis berkaitan pelbagai spekulasi berlegar di media sosial berkaitan kebakaran di Wisma Jakel Seksyen 7 di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan berkaitan beberapa hantaran di media sosial yang mendakwa kejadian kebakaran tersebut disengajakan.
"Biarpun laporan polis belum diterima berkaitan perkara tersebut, saya ingatkan kepada masyarakat jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati pihak terlibat.
"Jangan bergembira atas kesedihan orang lain, atau sewenang-wenangnya membuat sebarang dakwaan yang tidak sahih sedangkan kita tidak tahu punca sebenar," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Katanya, dakwaan sebegini boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.
"Memang boleh kena tindakan undang-undang, jika laporan bomba sebaliknya, pihak pemilik boleh ambil tindakan sivil atau saman malu.
"Kes masih dalam siasatan pihak bomba, dan setakat ini punca kejadian masih belum diketahui.
"Saya mohon kepada masyarakat agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini," katanya.
Pada Ahad, Wisma Jakel yang menempatkan gedung jualan pakaian dan stor barangan terbakar dalam kejadian sekitar 7 pagi.
BACA: Wisma Jakel Shah Alam terbakar, musnah 80 peratus
BACA: Kebakaran Wisma Jakel dipercayai akibat litar pintas
BACA: Kebakaran Wisma Jakel: Unit K9 digerak esok
BACA: Anggota bomba laung azan ketika padam kebakaran Wisma Jakel
BACA: Barangan jualan persiapan Ramadan, Hari Raya Jakel turut hangus
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi.
Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 02 2023

Antara dakwaan yang dimuat naik pengguna media sosial berkaitan kejadian kebakaran Wisma Jakel Seksyen 7 di sini pada Isnin. -Foto Sinar Harian
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Insiden tembakan: Pusat beli-belah disahkan selamat, kata polis
Pemeriksaan lanjut di dalam pusat beli belah ini disahkan dalam keadaan selamat.

Penunggang motosikal maut susuli insiden langgar lari
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE), di sini pada pagi Khamis.

Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Setia Alam
Suspek dipercayai seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC telah berpura-pura melanggar kereta mangsa jenis Mercedes Benz.

Warganegara asing samun kedai aiskrim berjaya ditahan
ACP Mohd Iqbal berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 4.15 petang Jumaat di sebuah pangsapuri di Puncak Alam.

Suspek pecah rumah Khuzaimi guna MPV putih - Polis
Polis sahkan menerima laporan berkaitan kejadian pecah rumah kediaman Pemain Pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee pada Rabu.

Anak kakitangan hospital maut, tertinggal 4 jam dalam kereta diparkir
Hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kenderaan selepas mengambilnya dari taska berdekatan.

Gaduh guna senjata, dua lelaki ditahan
ACP Mohd Iqbal berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial mengenai sekumpulan lelaki bergaduh.

Ceroboh kediaman rasmi MB Selangor, polis sahkan tiga ditahan
Polis mengesahkan tiga lelaki yang menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, telah ditahan dan kini dalam proses reman.

Jurulatih Taekwondo cabul lima kanak-kanak didakwa esok
Suspek yang juga seorang penuntut kolej swasta berusia 20 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam, pada jam 8 pagi.

Lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta
Mangsa, seorang lelaki berusia 28 tahun dari Kota Bharu, dijumpai di bahagian pemandu dalam kereta jenis Perodua Myvi.