GEORGE TOWN: Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang, Arshad Omar mengharapkan pihak berkuasa tidak mengeluarkan lesen kepada nelayan Rohingya yang semakin ramai di negeri ini.
Menurutnya, pihak persatuan telah menulis surat sebanyak dua kali kepada pihak berkuasa mengenai kebanjiran nelayan asing yang menggugat pendapatan nelayan di Pulau Pinang.
“Kita telah menulis surat kepada Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang dan Jabatan Perikanan Malaysia mengenai perkara ini.
“Pihak berkuasa mengambil maklum dengan masalah ini dan kita akui, dengan aduan yang dibuat, pihak berkuasa telah giat menjalankan operasi untuk menahan nelayan asing tanpa permit ini.
“Selain itu, kita juga membuat aduan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya mengenai penempatan warga Rohingya yang semakin ramai terutamanya di Teluk Kumbar,” katanya.
Dalam pada itu, Ibrahim turut bersetuju dengan Arshad yang memohon agar pihak berkuasa lebih tegas dalam menangani masalah nelayan asing ini.
“Pen Mutiara berharap agar pihak berkuasa lebih kerap menjalankan operasi untuk menahan mereka ini.
"Kami berhadapan dengan beberapa masalah yang bakal menimpa iaitu projek tambakan laut, Penang South Islands (PSI).
"Ditambah pula dengan persaingan nelayan asing ini, bertimpa-timpa lah masalah kami.
"Oleh itu, saya berharap agar kerajaan yang baru dibentuk ini melihat isu yang dihadapi nelayan di Pulau Pinang khususnya yang berkaitan dengan nelayan asing dan PSI,” katanya.
Mengulas mengenai PSI, Ibrahim berkata, Pen Mutiara menggesa agar projek tersebut dibatalkan kerana ia juga akan menjejaskan pendapatan nelayan di seluruh Pulau Pinang.
Menurutnya, sekiranya projek tersebut diluluskan, ia akan merosakkan alam sekitar secara kekal yang mana, di kawasan selatan Pulau Pinang, ia merupakan kawasan berteluk yang menjadi habitat ikan membiak.
“Seluruh nelayan Pulau Pinang menolak projek ini daripada mula lagi kerana secara jelas akan menyebabkan kerosakan kekal.
“Kawasan yang bakal ditambak merupakan lubuk pelbagai spesies ikan dan hidupan laut antaranya kembung, senangin, udang, ketam dan banyak lagi,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 07 2022

Kawasan Teluk Kumbar di Bayan Lepas antara kawasan yang dibanjiri nelayan asing. -Foto Sinar Harian
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu
Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.

60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Rohingya: Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap ketua junta Myanmar
Permohonan itu berdasarkan pelbagai bukti daripada pelbagai sumber seperti keterangan saksi, bukti dokumentari serta bahan saintifik, fotografi, dan video yang disahkan.

ASEAN 2025 akan bukti kebijaksanaan diplomasi Malaysia kepada dunia
Malaysia harus memanfaatkan peluang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan baik agar dunia dapat melihat kebijakan diplomasi yang diamalkan di negara ini.

Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu
Menurut Deputi Superitenden Zainul Mujahidin, suspek melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan.

Lelaki Rohingya didakwa bunuh isteri, dua anak
Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas pertuduhan membunuh ahli keluarganya dan kesalahan dadah, minggu lalu.

PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyeru agar keganasan di Myanmar dihentikan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sebabkan kematian rakan: Lelaki Rohingya tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang lelaki Rohingya yang sebelum ini mengaku menyebabkan kematian rakan senegaranya tujuh tahun lepas, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini.

Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.