KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap tiada syarat tersembunyi dalam pekeliling baharu yang akan dikeluarkan mengenai kebenaran untuk berpolitik melibatkan guru sekolah di seluruh negara serta petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan dalam kenyataan semalam memaklumkan syarat tersembunyi dimaksudkan adalah yang boleh mendatangkan masalah kepada guru yang aktif berpolitik.
"NUTP juga berharap kerajaan memberi perhatian dan kebenaran berpolitik kepada guru bilik darjah yang berada di gred DG52 dan gred DG54 Time-Based.
"Oleh itu, NUTP berharap segala kaedah dan panduan yang akan dikeluarkan bersama dengan pekeliling baharu kelak agar jelas dan mudah difahami agar guru-guru yang aktif berpolitik tidak melanggar peraturan atau syarat yang telah ditetapkan," menurutnya dalam kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kabinet memutuskan bahawa guru sekolah di seluruh negara dan petugas KEMAS dibenarkan berpolitik, berkuat kuasa serta-merta.
Wang berkata NUTP juga berharap guru yang mengemukakan permohonan dan aktif dalam berpolitik berpuas hati serta menyambut baik pengumuman itu.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan guru yang aktif berpolitik bahawa mereka perlu memberi keutamaan terhadap pencapaian akademik murid terlebih dahulu dan tumpuan hakiki seorang guru adalah mendidik.
Katanya sebelum ini, surat arahan pembatalan kelulusan penglibatan warga pendidik dalam politik yang dikeluarkan tahun lepas turut menyatakan pembatalan kelulusan itu melibatkan semua peringkat kumpulan atau gred.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022

Wang berkata, NUTP juga berharap guru yang mengemukakan permohonan dan aktif dalam berpolitik berpuas hati serta menyambut baik pengumuman Perdana Menteri.
Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan KPM.

Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.

NUTP mohon kuota anggota tetap dalam NLAC
NUTP juga menyokong langkah kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan dalam perkhidmatan awam seperti dinyatakan Perdana Menteri.

Pelarasan gaji penjawat awam kurangkan trend guru bersara awal
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan pelarasan gaji yang lebih baik dijangka dapat mengurangkan trend guru bersara awal pada masa kini.

NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".

Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.

KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.

Peruntukan RM100 juta bukti kepentingan pendidikan STEM
Inisiatif kerajaan memperuntukkan RM100 juta dalam pendidikan STEM mencerminkan keseriusan kerajaan dalam menangani kepentingan penguasaan STEM dalam negara ketika ini.

Hasrat Kerajaan tumpu pelajar B40, kembalikan matlamat asal SBP
Matlamat penubuhan SBP sebenarnya untuk beri peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar mendapatkan pelajaran terbaik.

Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.