PUTRAJAYA: Kerajaan memberi kebenaran untuk mengimport ayam bulat sejuk beku bagi tempoh tiga bulan bermula bulan ini sehingga Februari 2022 (Disember 2021 hingga Februari 2022), kata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini.
MAFI dalam satu kenyataan menyatakan kebenaran mengimport bagi menampung kekurangan bekalan ayam di pasaran itu, melibatkan pertimbangkan import sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan.
"Syarikat yang berhasrat untuk mengimport perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai kemudahan penyimpanan sejuk beku serta tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
"Kebenaran pengimportan ini hanya akan dibenarkan dari negara dan loji penyembelihan yang telah diluluskan oleh kerajaan," menurut kenyataan dikeluarkan MAFI itu lagi.
Langkah intervensi itu adalah berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Dis bahawa kerajaan akan mengimport ayam sejuk beku bagi menampung permintaan, dan membolehkan rakyat mendapat bekalan pada harga lebih rendah berbanding ayam segar tempatan.
Kenyataan MAFI itu menyebut kebenaran mengimport ayam bulat itu adalah bersifat sementara sehingga bekalan ayam dapat distabilkan oleh industri ayam tempatan.
Selain itu, kuantum import itu hanyalah untuk memenuhi kekurangan bekalan ayam semasa untuk tempoh tertentu sahaja.
Berdasarkan penelitian MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), negara berhadapan kekurangan bekalan ayam dalam pasaran secara purata sebanyak 18 peratus bagi bulan Oktober dan November 2021 dan diunjurkan berlarutan ke bulan Disember 2021.
"Kekurangan bekalan ayam ini antara lain disebabkan berlakunya peningkatan permintaan yang mendadak berikutan pembukaan semula sektor ekonomi, terutamanya hotel, restoran dan katering bermula bulan Oktober 2021," menurut kenyataan MAFI itu
Keperluan ayam dalam negara adalah sebanyak 3,762 tan metrik atau 2.09 juta ekor sehari atau 113,220 tan metrik atau 62.9 juta ekor sebulan.
Kekurangan bekalan ayam juga telah menyebabkan kenaikan harga ayam mencecah sehingga RM10 bagi satu kilogram di pasar basah dan pasar raya.
"Langkah intervensi yang diambil kerajaan ini adalah dengan mengambil kira semua aspek secara menyeluruh, dalam memastikan bekalan ayam dalam pasaran sentiasa mencukupi dengan harga yang berpatutan, pada masa sama kebajikan penternak ayam tempatan juga akan terus dipelihara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021

MAFI dalam satu kenyataan menyatakan kebenaran mengimport bagi menampung kekurangan bekalan ayam di pasaran itu, melibatkan pertimbangkan import sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan. - Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 20 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.

Utusan Khas Trump, Kellogg, tiba di Kyiv di tengah-tengah usaha tamatkan perang
Kedatangan Kellogg mengejutkan kerana sebelum ini beliau dijadual tiba pada Khamis.

MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan sekiranya lewat lebih 5 jam
Syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa perlu menyediakan bayaran balik kepada penumpang dalam kaedah pembayaran asal.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Inflasi UK catat tahap tertinggi dalam 10 bulan pada 3 peratus
Inflasi di United Kingdom meningkat ke paras tertinggi dalam 10 bulan pada Januari.

Presiden Indonesia rombak Kabinet, lantik menteri dan ketua agensi baharu
Brian Yuliarto dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, menggantikan Satryo Soemantri Brodjonegoro.
AWANI Ringkas: Parlimen | Penipuan Pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Tarif Elektrik | Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mangsa banjir di Pahang dan Negeri Sembilan meningkat malam ini
Di Pahang, mangsa banjir di daerah Bentong bertambah kepada 121 orang daripada 33 keluarga.

Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.

Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan
MAFI juga sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan sejurus maklumat berkaitan diperoleh di lapangan.

MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus
Johor merupakan negeri yang mempunyai hasil pengeluaran tertinggi sebanyak 106,723.2 tan metrik.

Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Banjir: FAMA sediakan lebih 60,000 kit makanan untuk Nadma
MAFI menerusi FAMA akan membekalkan 62,500 kit makanan kepada Nadma untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir di seluruh negara.

Jualan terus dari ladang catat RM16.17 juta
Jumlah itu membabitkan kuantiti jualan sebanyak 3,105 tan metrik barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan.

MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan
MARDI melancarkan lima produk inovasi terbaru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat ketika dunia diancam masalah sekuriti makanan.

MAFI salur RM1.4 juta lengkapi rantaian industri walet
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah melengkapkan rantaian nilai industri walet dengan memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.

Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini.

Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.