PUTRAJAYA: Kebenaran merentas negeri dijangka akan diputuskan pada awal atau selewatnya-lewatnya pertengahan Oktober ini.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut merupakan antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ketiga MPN yang diadakan petang tadi.
Selain itu, kata Muhyiddin, turut dibincangkan ialah pembukaan pintu sempadan negara kepada pelancong asing, yang juga akan diputuskan dalam tempoh terdekat.
"Kita telah diberikan penerangan atau taklimat oleh Khairy Jamaluddin selaku Menteri Kesihatan sebentar tadi mengenai soal rentas negeri. Ia bergantung kepada perkembangan program imunisasi vaksin tetapi akan diumumkan selewatnya-lewatnya pertengahan Oktober ini.
"Berkenaan pembukaan sempadan negara kepada warga asing pula akan dibincangkan oleh menteri yang terlibat dalam minggu ini juga.
"Ia bagi memperhalusi cadangan ini kerana tentunya kita faham ia akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara," katanya pada sidang media sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Putrajaya pada Isnin.
Selain itu, jelasnya MPN juga berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menunjukkan berlakunya penurunan kes membabitkan rawatan pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Kita puas hati dengan penerangan yang dibentangkan oleh YB Khairy yang telah menunjukkan bahawa kadar (penggunaan) katil ICU yang menurun. Ia menunjukan hasil vaksin yang cukup telah diberikan bagi golongan dewasa negara ini," kata Muhyiddin.
MPN turut membuat keputusan untuk meluluskan kertas cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri di setiap negeri bagi memastikan keberkesanan program pemulihan yang lebih berkesan.
"Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Besar dan juga Ketua Menteri. Ia bagi memperakukan inisiatiif di peringkat negeri dan daerah.
"Cadangan ini dan mekanisme berkaitan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri nanti," ujarnya.
Selain itu, beliau yakin isu pemulihan negara ini perlu lebih menyeluruh termasuk membabitkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa pentadbiran daerah bagi memaksimumkan kesan dalam setiap tindakan yang diambil.
MPN juga turut memberikan fokus kepada persiapan bagi pembukaan semula sektor pelajaran membabitkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah-sekolah seluruh negara.
Jelas Muhyiddin lagi, setakat ini garis panduan prosedur operasi standard (SOP) pematuhan telah pun dihantar kepada semua sekolah dan IPT yang terlibat bagi memudahkan pelajar dan guru sebaik ia dibuka.
Raja Hisyam Raja Zaid
Mon Sep 27 2021

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut merupakan antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ketiga MPN yang diadakan petang tadi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Pelancong Indonesia teruja untuk datang ke Malaysia
Lokasi pelancongan utama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Genting Highland sangat dirindui pelancong Indonesia.

Pembukaan pintu sempadan ditentukan selepas negara beralih ke fasa endemik COVID-19
Pembukaan pintu sempadan negara bagi membenarkan kemasukan pelancong asing ke negara ini hanya akan ditentukan selepas negara beralih ke fasa endemik COVID-19.

Kebenaran rentas negeri dijangka pertengahan Oktober - Muhyiddin
Kebenaran merentas negeri dijangka akan diputuskan selewatnya-lewatnya pada pertengahan Oktober ini.