PUTRAJAYA: Kebenaran merentas negeri dan daerah bagi pasangan jarak jauh (PJJ) ditangguhkan sepanjang tempoh 14 hari Sekatan Pergerakan Penuh mulai 1 Jun ini bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Memperincikan perkara itu, beliau berkata sepanjang tempoh tersebut semua pihak termasuk golongan PJJ diminta bersabar dan berkorban demi memastikan kejayaan melandaikan lengkuk kes baharu COVID-19.
"Apa yang perlu hari ini semua rakyat perlu berkorban, ada yang terpaksa menutup perniagaan sementara waktu, ada yang terpaksa menutup kilang mereka sementara waktu untuk dua minggu ini.
"Jadi untuk PJJ juga perlu berkorban untuk dua minggu ini, dan kita telah buat keputusan untuk tidak benarkan golongan PJJ merentas negeri atau daerah," katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh di sini hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang membentangkan laporan mengenai situasi COVID-19 dalam negara.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata pergerakan rentas negeri membabitkan kes kecemasan seperti kematian serta ahli keluarga sakit, nazak dan sebagainya dibenarkan dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Setakat ini, hanya PDRM sahaja yang boleh mengeluarkan surat kebenaran rentas negeri atau daerah bagi tujuan kecemasan seperti kematian dan keluarga nazak," katanya.
Berikutan itu, beliau memohon kerjasama semua pihak untuk bersikap jujur ketika memohon kebenaran di balai polis bagi tujuan merentas negeri atau daerah memandangkan perbuatan memalsukan permohonan dan memberi alasan tidak munasabah boleh memberi kesan kepada mereka yang benar-benar perlu melakukan pergerakan tersebut.
"Saya difahamkan banyak kes yang polis terpaksa tolak kerana meragukan namun terdapat juga kes benar-benar tulen seperti mahu melawat ibu mereka yang sakit teruk. Jadi polis perlu berhati-hati dalam meluluskan permohonan kerana ada banyak permohonan palsu.
"Saya harap kita perlu benar-benar jujur kepada pihak polis ketika membuat permohonan. Kita mungkin boleh tipu polis namun kita tidak boleh tipu COVID-19 yang ada di mana-mana sahaja," katanya.
Ismail Sabri juga berkata wakil rakyat seperti Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibenarkan bertugas serta berbakti kepada masyarakat di kawasan masing-masing dalam tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh namun mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Kita tahu tugas wakil rakyat sama ada ADUN atau ahli Parlimen untuk jaga kepentingan rakyat, contohnya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, ada wakil rakyat yang ingin hantar bakul makanan kepada rakyat di Parlimen mereka.
"Dalam PKP 1.0, kita benarkan pergerakan wakil rakyat, ia sama juga dalam PKP 3.0 kali ini termasuklah SOP yang perlu dipatuhi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini mengenai pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau "total lockdown" untuk sektor ekonomi dan sosial. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Rentas negeri: Tiket ke utara, pantai timur dapat permintaan luar jangka
Tiket pengangkutan awam ke utara, pantai timur dan pusat peranginan pada hujung minggu menerima permintaan luar jangkaan susulan kebenaran rentas negeri bermula Isnin.

Guna helikopter ambil 36 bungkus 'nasi ganja': Polis siasat surat kebenaran rentas negeri
Polis akan menjalankan siasatan samada mereka yang mengambil tempahan nasi ganja di sini menggunakan helikopter mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.

Polis siasat dakwaan wanita dihubungi anggota selepas mohon kebenaran rentas negeri
Siasatan dibuat selepas pihaknya mengesan satu hantaran oleh wanita berusia 26 tahun itu yang tular di Twitter.

Kebenaran rentas negeri pasangan jarak jauh ditangguh dua minggu mulai 1 Jun
Kebenaran merentas negeri dan daerah bagi pasangan jarak jauh (PJJ) ditangguhkan sepanjang tempoh 14 hari Sekatan Pergerakan Penuh mulai 1 Jun ini.

Polis siasat jika penumpang, kru helikopter terhempas miliki permit rentas negeri
Polis akan menyiasat jika individu menaiki helikopter Airbus AS350 B3 yang terhempas di Subang, Selangor semalam mempunyai permit merentas negeri.

Polis Kelantan keluarkan lebih 52,000 surat kebenaran rentas daerah, negeri
Polis Kelantan mengeluarkan lebih 52,000 surat kebenaran rentas daerah dan negeri sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu bermula 16 Jan sehingga kini.

PKP 2.0: Kebenaran rentas negeri diberi atas budi bicara polis - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan budi bicara bagi mereka yang terkandas di sesuatu kawasan untuk melakukan perjalanan rentas negeri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Masalah rumah tangga, mahu langsung akad nikah antara alasan nekad rentas negeri
Hari ini turut menyaksikan tindakan sama apabila sekurang-kurangnya 60 pemandu kenderaan gagal mengemukakan dokumen permit rentas negeri daripada polis.