SHAH ALAM: Status pelaksanaan solat Aidilfitri di Selangor khususnya di enam daerah yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diputuskan dalam masa terdekat.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan dengan pengarah jabatan agama dan mufti semua negeri bagi membincangkan kaedah terbaik mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dimaklumkan tempoh sebenar pertemuan tersebut akan berlangsung.
"Keputusan kebenaran mengadakan solat Aidilfitri ini tertakluk kepada keputusan negeri masing-masing, namun keseragaman itu perlu dibuat untuk menjaga maslahah dan kebaikan awam," katanya ringkas kepada pemberita pada Sabtu.
Beliau ditemui ketika menyambut kepulangan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di sini.
Kerajaan negeri Selangor menyediakan 16 bas secara percuma bagi membawa pulang seramai 325 pelajar di enam IPT seluruh Semenanjung Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan PKP lebih ketat di Selangor dalam usaha mengawal penularan Covid-19.
"Antaranya termasuk pengurangan aktiviti sosial serta kegiatan ekonomi yang melibatkan perhimpunan atau pengumpulan orang ramai yang tidak terkawal.
"Ini antara konsensusnya, cuma keputusan itu akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dijangka akan diumumkan petang ini (Sabtu) atau Ahad.
"Bukan kita tidak berperikemanusiaan tetapi konteks kesihatan menjadi keutamaan sekarang. Katil hospital semakin terhad. Pada saya kita kena melakukan sesuatu yang lebih signifikan untuk mengawal pandemik ini," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Kebenaran solat Aidilfitri di Selangor belum diputuskan: MB
Sinar Harian
Sat May 08 2021

AMIRUDIN: Status pelaksanaan solat Aidilfitri di Selangor khususnya di enam daerah yang menjalani PKP akan diputuskan dalam masa terdekat. -Gambar fail

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.

Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

PKP: Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri ditetapkan semula di Selangor
Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Selangor ditetapkan semula, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di seluruh negara mulai esok.

PKP: Solat Tarawih, Aidilfitri di Wilayah Persekutuan dibenarkan - JAWI
Kebenaran yang hanya dilaksanakan di kawasan kariah masing-masing itu turut membenarkan ibadah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan.

Pahang tidak laksana solat Aidilfitri di masjid
Bagi imam, bilal dan siak boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Agama islam Pahang (JAIP).

PKPB: Johor benarkan solat Jumaat dan solat Aidilfitri dengan syarat
Namun ia hanya dihadkan 12 orang jemaah bagi satu-satu masjid.