PASIR PUTEH: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan solat sunat tarawih diadakan di masjid dan surau di seluruh negara sepanjang Ramadan tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, peluang tersebut dinanti-nantikan umat Islam selepas tidak dibenarkan berbuat demikian pada Ramadan tahun lepas akibat penularan COVID-19.
Beliau berkata keputusan itu juga akan kembali mengimarahkan fungsi masjid dan surau pada bulan yang mulia dan penuh berkat itu.
"Yadim akan turun ke masjid di seluruh negara untuk melaksanakan pelbagai program khas sepanjang bulan Ramadan. Antara program ialah bantuan makanan kepada golongan asnaf, majlis berbuka puasa, qiamullail dan ceramah agama bagi mengembalikan masyarakat Islam ke masjid dan surau," katanya pemberita pada majlis Yadim Peduli Isad Al Usrah dan Musaadah Bersama Asnaf di Masjid Tengku Abd Halim, Kampung Tualang Tinggi di sini, hari ini.
Beliau berkata perincian program itu akan diumumkan pada 30 Mac ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Mengulas lanjut, Tuan Kamarul Arief berkata bagi melaksanakan program itu, pihaknya memerlukan bantuan kewangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta menerusi kempen pengisian tabung "RM Seringgit Satu Minggu" yang telah dilancarkan.
"Hingga kini sebanyak RM250,000 telah berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan pelbagai pihak sebagai menyokong dan mempercayai program berkenaan yang dilaksanakan oleh Yadim," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 18 2021
![Kebenaran solat sunat tarawih imarahkan masjid, surau pada bulan Ramadan - Yadim Kebenaran solat sunat tarawih imarahkan masjid, surau pada bulan Ramadan - Yadim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605619543_solatsolatjenazah.jpg)
Keputusan itu juga akan kembali mengimarahkan fungsi masjid dan surau pada bulan yang mulia dan penuh berkat. - Gambar hiasan
![Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739600767_DatukMohdJoehariM.jpg)
Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
![Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593151_TBIMAN.jpg)
Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik.
![Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.
![Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
![Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi! Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739595654_AwieMBOR.jpg)
Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh tiga jam tanpa henti.
![Wanita ditemui mati dalam tandas Wanita ditemui mati dalam tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739599151_WanitaMautTandas.jpg)
Wanita ditemui mati dalam tandas
Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan di Batu Gajah pada Sabtu.
![Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739595287_TBZaliha.jpg)
Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.
![Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739597935_TBbotterbalik.jpg)
Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas
Seorang pemuda dikhuatiri lemas manakala tiga lagi ahli keluarganya terselamat selepas bot digunakan mereka untuk menjala terbalik di Jasin.
![CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739590711_CaptainNorazmanMah.jpg)
CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.
Hampir 10,000 kakitangan agensi kerajaan dipecat pentadbiran Trump
Kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk untuk mengurangkan birokrasi negara itu secara ketara menyaksikan pemecatan hampir 10,000 kakitangan kerajaan Persekutuan.
![Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732500360_SolatJenazah.jpg)
Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari
Jenazah tiba kira-kira jam 9 pagi tadi dan disambut ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan artis.
![Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723731965_Afham.jpg)
Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis
Keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kematian Allahyarham kepada pihak berkuasa.
![Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664882348_solatsolatjenazah.jpg)
Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco
Selain itu, solat sunat hajat turut ditetapkan pelaksanaannya selepas solat fardu maghrib.
![Gempa Turkiye: Mangsa terperangkap di bawah runtuhan minta air untuk dirikan solat Gempa Turkiye: Mangsa terperangkap di bawah runtuhan minta air untuk dirikan solat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675902997_oldmanwantswater.jpg)
Gempa Turkiye: Mangsa terperangkap di bawah runtuhan minta air untuk dirikan solat
Warga emas itu meminta air bagi mendirikan solat dalam keadaan masih terperangkap kerana tidak mahu meninggalkan kewajipan itu
![Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659780275_TBSURAUBERGERAK.jpg)
Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat
Kemudahan bas yang berfungsi sebagai surau itu memberi ruang kepada para peniaga untuk mendirikan solat di lokasi perniagaan tertentu.
![Negeri Sembilan benar solat rapat saf di masjid, surau mulai esok Negeri Sembilan benar solat rapat saf di masjid, surau mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648941977_solatsunattarawih.jpg)
Negeri Sembilan benar solat rapat saf di masjid, surau mulai esok
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan jemaah untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid dan surau berkuat kuasa esok.
![Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653734991_Trendsolatdengank.jpg)
Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad
Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.
![Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61651160995_TBSHARIFAHZARINA.jpg)
Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia
Bapa penyanyi tanah air, Zarina Al-Qadry iaitu Wan Hassan Syed Jamil Alqadry Aljilani meninggal dunia pada Khamis malam.
![Rumah macam taska, ramainya nak belajar puasa dengan Ozlynn! Rumah macam taska, ramainya nak belajar puasa dengan Ozlynn!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650242378_jozlynnhanania.jpg)
Rumah macam taska, ramainya nak belajar puasa dengan Ozlynn!
Bukan hanya berpuasa, bahkan kesemua anak-anak pasangan ini sudah diajar mengerjakan solat sejak mereka kecil.
![Persiapan sambut tarawih pertama berjalan lancar Persiapan sambut tarawih pertama berjalan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41648872136_SediaSolatTerawih.jpg)
Persiapan sambut tarawih pertama berjalan lancar
Pihak pengurusan masjid telah melaksanakan persiapan awal seperti melakukan sanitasi dan pembersihan kawasan ruang solat.