JASIN: Sebuah dapur hotel di Melaka yang menawarkan bufet Ramadan diarahkan tutup selain dikenakan tujuh kompaun berjumlah RM4,300 ketika pemeriksaan ke atas 17 hotel di sekitar negeri itu.
Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Datuk Rahmad Mariman berkata tindakan itu diambil di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1985 dan Sekyen 32B Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM) berikutan tahap kebersihan yang tidak memuaskan.
Beliau berkata sehingga 22 April lepas, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka juga telah memeriksa sebanyak 995 premis makanan di tapak Pasar Ramadan dan kesemuanya mencapai tahap 75 peratus ke atas tahap penilaian kebersihan premis.
"Sehingga semalam, seramai 2,350 pengendali makanan di seluruh negeri ini juga telah diperiksa dan sebanyak 580 notis amaran dikeluarkan kepada pengendali makanan.
"Sebelas pemeriksaan ke atas kilang ais telah dijalankan dan tiga kompaun bernilai RM6,100 dikenakan kepada premis terlibat di bawah PPKM 2009," katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra bersama JKN Melaka di tapak Pasar Ramadan Jasin Bestari di sini pada Jumaat.
Hadir sama Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ismail Ali.
Rahmad berkata bagi memastikan makanan yang disediakan adalah selamat dan tidak mendatangkan kemudaratan, pihaknya menyeru semua pengendali makanan agar sentiasa mengamal serta mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual kepada orang ramai.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya bijak memilih premis yang bersih ketika membeli juadah berbuka dan sebarang aduan mengenai premis yang kotor boleh disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau di laman sesawang http://moh.spab.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021

Rahmad (dua, kiri) ketika mengadakan lawatan pada Program Tinjauan Mesra JKNM di Bazar Ramadan Jasin Bestari, 23 April, 2021. --fotoBERNAMA
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

‘Citarasa Bonda’ jadi pilihan The Face
Kedatangan bulan Ramadan pastinya tidak lengkap tanpa suasana berbuka puasa yang meriah dengan pelbagai aneka juadah.

Kebersihan tak memuaskan, dapur hotel tawar bufet Ramadan di Melaka diarah tutup
Tindakan diambil di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1985 dan Sekyen 32B Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM) berikutan tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

Buffet Ramadan: 83.85% undian lebih rela membayar bawah RM50 seorang
Sempena bulan Ramadan ini, kebanyakan Netizen memilih hidangan buffet pada harga berpatutan berbanding mengeluarkan belanja yang banyak.

Buffet Ramadan: Harga bukan isu?
Sejauh mana anda rela, mampu atau ingin mengeluarkan belanja untuk menjamu selera di buffet Ramadan hotel atau restoran untuk berbuka puasa?

100 pengusaha restoran guna logo halal tidak diiktiraf
Lebih 100 pengusaha restoran di Johor Bahru dan Gelang Patah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf JAKIM.

Tips makanan sihat sepanjang Ramadan
Setiap Ramadan adalah menjadi trend kebanyakan orang untuk berbuka dengan sajian hidangan buffet.