KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan projek perkebunan berskala besar dalam bangunan (pertanian jitu) secara komersial bagi memberi peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada golongan gelandangan.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata projek yang bakal dilaksanakan di Putrajaya menjelang hujung tahun ini merupakan kesinambungan kepada projek kebun bandar 'Hijrah Warrior' yang sedang dilaksanakan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana di sini.
"Ia merupakan kaedah menanam secara teknologi moden dalam bangunan menggunakan konsep intensif dan pertanian jitu, pada skala komersial, kena ada pelabur," katanya kepada pemberita pada program Santai Ramadan@ Anjung Kelana di sini semalam.
Beliau berkata inisiatif yang akan menawarkan pendapatan secara harian itu diharap akan memberi motivasi kepada golongan tersebut untuk terus memperbaiki kualiti kehidupan.
"Perkebunan ini (kebun bandar 'Hijrah Warrior') memakan masa untuk jana pendapatan, mereka mesti dapat pendapatan segera kerana apabila datang ke Kuala Lumpur, mereka ada sasaran tersendiri dan selalunya nak dapatkan wang.
"Kalau mereka rasa seperti bekerja macam buruh paksa dan perlu tunggu lama untuk dapat wang, mereka akan patah semangat," katanya.
Annuar berkata pihaknya turut merancang beberapa model lain bagi membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup antaranya berkaitan penyediaan makanan selain mengekalkan kerjasama dengan pihak swasta dalam menawarkan pekerjaan.
"Dalam menguruskan gelandangan, tak ada stereotaip atau satu sistem untuk semua, kita nak kena kaji kesesuaian mengikut individu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 19 2021

Annuar (tengah) melakukan lawatan di kawasan tanaman di kebun 'Hijrah Warrior' bersama penghuni Anjung Kelana dalam Program Santai Ramadan@ Anjung Kelana di Pusat Transformasi Anjung Kelana, Taman Desa, Kuala Lumpur, 19 April. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kebun komersial skala besar dalam bangunan untuk gelandangan jana pendapatan
Projek yang bakal dilaksanakan di Putrajaya itu merupakan kesinambungan kepada projek kebun bandar 'Hijrah Warrior' yang sedang dilaksanakan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana.