ALOR SETAR: Kedah akan menerima bekalan vaksin COVID-19 dalam kuantiti lebih besar pada minggu depan sekali gus bakal mempercepat proses vaksinasi di negeri yang merekodkan peningkatan kes COVID-19 itu, kata Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.
Tanpa menyatakan jumlah dos vaksin COVID-19 yang akan diterima, beliau berkata lebihan vaksin dari pusat pemberian vaksin (PPV) di Langkawi juga akan dibawa ke tanah besar bagi mempercepat proses vaksinasi kepada rakyat di negeri berkenaan.
Muhammad Sanusi berkata perkara itu antara diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri yang dipengerusikannya semalam bagi membincangkan mengenai usaha menangani peningkatan kes positif COVID-19 di Kedah.
"Satu lagi PPV berkapasiti besar (PPV mega) akan dibuka di Sungai Petani seberapa segera dan satu PPV baharu akan dibuka di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk daerah Baling, minggu depan.
"Pendaftaran penerima vaksin melalui MySejahtera dan kaedah-kaedah lain akan dipergiat selari dengan penerimaan bekalan vaksin daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah meningkat," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Muhammad Sanusi berkata inisiatif vaksinasi bergerak juga akan diperluas di semua daerah yang memerlukan dan akan dikendalikan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 setiap daerah.
Menurutnya Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk pekerja industri di Sungai Petani akan mula beroperasi di Kilang Minebea Electronics Motor Sdn Bhd pada Isnin ini dan satu lagi PIKAS akan dibuka di Kubang Pasu dalam masa terdekat.
Selain itu, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri akan membekalkan 200 unit oximeter iaitu alat pengukur kadar oksigen dalam darah kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk kegunaan pesakit COVID-19 kategori satu dan dua yang dirawat di rumah serta membiayai operasi pusat kuarantin dan rawatan pesakit COVID-19 di Institut Aminuddin Baki, Jitra.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata pihaknya akan turut memohon kelulusan Majlis Keselamatan Negara untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di satu kawasan tapak bina di daerah Pendang.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata sebanyak 15,573 kes baharu dicatatkan semalam di seluruh negara dengan sebanyak 937 kes direkodkan di Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021

Muhammad Sanusi berkata Muhammad Sanusi berkata inisiatif vaksinasi bergerak juga akan diperluas di semua daerah yang memerlukan. - Gambar fail/BERNAMA

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.

Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.