ALOR SETAR: Umat Islam di Kedah dibenarkan menunaikan solat Jumaat serta fardu di masjid dan surau dengan bilangan jemaah tidak melebihi 100 orang bermula esok.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, kebenaran itu diberikan kepada mukim zon hijau, kuning dan jingga.
Katanya, jemaah yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 diberi keutamaan.
“Penentuan zon adalah mengikut mukim berdasarkan jumlah kes harian yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
"Bagi mukim zon merah, bilangan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang dan hanya jemaah yang telah menerima suntikan vaksin dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Mohd Yusri, bagi zon dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bilangan jemaah dibenarkan adalah lima orang sahaja terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa masjid bagi solat fardu.
Katanya, pelaksanaan solat Jumaat di kawasan PKPD tidak dibenarkan dan diganti dengan solat Zohor di rumah.
“Pemilihan jemaah selain pegawai masjid dan jawatankuasa kariah diutamakan kepada mereka yang telah lengkap menerima vaksin atau sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
“Hanya jemaah yang terdiri daripada ahli kariah yang bermastautin dibenarkan hadir menunaikan solat di masjid dan surau dan kehadiran jemaah daripada kariah lain adalah tidak dibenarkan sama sekali,” ujarnya.
Dalam pada itu, pihak pengurusan masjid dan surau hendaklah mematuhi segala arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini oleh pihak JHEAIK dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jul 08 2021

Kebenaran itu diberikan kepada mukim zon hijau, kuning dan jingga. - Gambar/ Astro AWANI

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang
Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Ketika cuba menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Astana, Sungai Petani petang semalam.

Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan
Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag berharap rentak kemenangan pasukannya akan berterusan di sebalik isu tunggakan gaji yang dihadapi.

Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.

Liga Super: Kedah nafi tarik diri, tiada hasrat ke liga amatur
KDA FC menegaskan bahawa mereka akan terus bersaing dalam Liga Super Malaysia dan menafikan segala khabar angin yang dimaksudkan sebelum ini.

Banjir: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kembali beroperasi hari ini
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup akibat bencana banjir sejak 10 hari lalu, kembali beroperasi hari ini.

Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.

Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global
Penghasilan 'emas hijau' atau produk pembungkusan terbiodegradasi yang diproses daripada sisa jerami padi di Gurun, Kedah dianggarkan mencecah nilai pasaran RM60 juta.

Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri
Muhammad Sanusi membidas pihak-pihak yang mengaitkan keputusan Bin Zayed International LLC menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi dengan kegagalan kerajaan negeri.