ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan menggunakan saluran perundangan dalam mempertahankan keputusan menutup premis judi di negeri ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat ini notis rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 24 Jun lalu.
Menurutnya, sementara itu notis permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi juga telah difailkan pada 4 Julai.
“Semakan kehakiman telah dibuat oleh operator-operator syarikat perjudian dan telah diterima oleh mahkamah. Ini bermakna keputusan Kedah dianggap terbatal dengan keputusan tersebut.
“Berikutan keputusan kes larangan pembaharuan lesen judi itu, kita kemuka dua notis tersebut untuk mohon tangguh sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu membenarkan permohonan semakan kehakiman dibuat bagi menghalang tindakan kerajaan negeri mengharamkan aktiviti perjudian berlesen.
Pada 14 November 2022, Sanusi mengumumkan kerajaan negeri tidak lagi meluluskan lesen judi, selain mengehadkan penjualan arak di semua premis terutama di kawasan luar bandar di negeri ini.
Pada 1 Januari tahun lepas, keputusan itu dikuatkuasakan menyebabkan semua premis perjudian dan loteri tidak lagi dibenarkan beroperasi di Kedah.
Sanusi berkata, setakat ini dasar berkenaan masih berkuat kuasa di negeri ini sehingga keputusan baharu diputuskan.
“Syarikat perjudian tersebut mohon ganti rugi. Perkara itu akan diputuskan oleh mahkamah berdasarkan tuntutan mereka termasuk jumlah kerugian yang ditafsirkan oleh mahkamah,” jelasnya.
Pada masa sama, Sanusi melahirkan rasa kecewa dan sedih berhubung keputusan tersebut kerana beliau hanya melaksanakan tuntutan agama di negeri ini.
“Kita berusaha pertahan pendirian kita, selepas Mahkamah Rayuan, ada lagi Mahkamah Persekutuan untuk mentafsirkan adakah negeri berhak membuat dasar-dasar berkaitan setelah Mahkamah Tinggi mentafsirkan negeri tidak ada hak,” ujarnya.
Menurutnya, kerajaan negeri berpegang pada pendirian amar makruf nahi mungkar selain melaksanakan perintah agama yang selari dengan tuntutan Allah SWT.
“Saya sudah laksanakan peranan saya dan tetapkan pendirian selari dengan perintah tuhan. Sesiapa yang terbabit itu, jawab dengan Tuhan dulu. Dia ingat lepas di dunia, akhirat pun tak lepas.
“Saya telah buat dalam bidang kuasa saya, saya telah laksanakan perintah Tuhan ke atas saya. Setiap manusia dihantar ke dunia ada tanggungjawab sebagai khalifah.
“Saya amat sedih. Ada lagi ruang dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, bila dilaksanakan satu tuntutan besar dalam Islam, boleh dicaras macam itu saja,” katanya.
Biarpun kecewa, Sanusi berharap masih ada ruang dalam perundangan untuk memastikan dasar tersebut dapat dikekalkan.
“Nak lawan pasai apa? Kita buat elok dah. Semua itu bawa kebaikan. Ada pahala masing-masing.
"Yang melawan pun ada dosa masing-masing. Saya hanya laksanakan tanggungjawab saya,” katanya.
Sebelum itu, pada sidang akhbar berasingan, Pengurus besar STM Lottery, Yip Kok Chyuan mendakwa keputusan dilaksanakan kerajaan negeri itu menyebabkan tekanan kewangan dan emosi kepada ejen, pekerja dan ahli keluarga masing-masing.
"Kami mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan pelaksanaan kuasa oleh kerajaan negeri harus konsisten dengan kuasa kerajaan Persekutuan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kami terpaksa tutup perniagaan, pekerja kebanyakannya golongan berpendapatan rendah, terpaksa tinggalkan kampung halaman untuk dipindahkan ke cawangan lain di negeri lain.
"Ada yang berdepan kesukaran dan enggan tinggalkan kampung dan menjadi penganggur,” katanya.
Menurutnya lagi, mereka berharap kerajaan negeri mempermudahkan urusan memperbaharui lesen premis perniagaan judi dan membenarkan ejen memulakan semula perniagaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 10 2024

Muhammad Sanusi berkata, setakat ini notis rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 24 Jun lalu. -Gambar fail/Bernama

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.

Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.

Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.

Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.

MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.

Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.

MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.