SUNGAI PETANI: Kedah menyasarkan untuk menurunkan kadar kemalangan maut di bawah 40 peratus pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah Datuk Azman Nasrudin berkata bagi mencapai sasaran itu, tujuh strategi penguatkuasaan diperkenalkan, yang akan dilaksanakan pada musim perayaan khususnya Tahun Baharu Cina ini.
Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Kedah berkata penguatkuasaan akan dilakukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama agensi lain yang berkaitan.
"Strategi tersebut ialah pemeriksaan ke atas bas di depoh serta terminal, melaksanakan rondaan berkala di lebuh raya dan jalan utama yang dikenal pasti sebagai 'black spot', penguatkuasaan undang-undang motosikal dan penyamaran anggota JPJ sebagai penumpang pengangkutan awam.
"Selain itu, rakaman video di lebuh raya dengan menggunakan kamera kenderaan penguat kuasa turut dilakukan selain menerima aduan awam dan mengadakan ceramah keselamatan jalan raya di jabatan dan agensi kerajaan serta di institusi pengajian tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Op Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2023 di sini, semalam, yang turut dihadiri Pengarah JPJ Kedah Aman Shah Hashim serta Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Supt Mohd Mahiri Hussain.
Azman berkata operasi bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen dan Jabatan Alam Sekitar juga akan terus dipergiat bagi mengesan pemandu yang menyalahi undang-undang.
Sementara itu, di Alor Setar, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Alor Setar ke Kangar (Jalan Putra) dan Jalan Alor Setar ke Kuala Kedah dikenal pasti sebagai 'hotspot' sering berlaku kemalangan maut serta kesesakan jalan raya khususnya ketika musim perayaan.
"Kita menjangkakan jumlah kenderaan yang masuk ke Kota Setar bertambah esok berikutan cuti hujung minggu yang panjang sempena Tahun Baharu Cina, jadi semua anggota trafik akan ditempatkan di lokasi-lokasi penting yang telah dikenal pasti," katanya selepas program Op Selamat Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini.
Ahmad Shukri berkata polis juga akan mengadakan rondaan di premis-premis perniagaan khususnya premis menjual barangan kemas yang mungkin menjadi sasaran penjenayah ketika musim perayaan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Azman (kanan) melakukan 'flag off' kepada pasukan penguatkuasa terlibat pada Majlis Pelancaran Op Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Tahun Baharu Cina di Dataran Zero, Sungai Petani, 19 Jan 2023. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan
Rakyat harus menghindari prasangka buruk antara satu sama lain dan mengamalkan nilai positif, meskipun dengan budaya yang berbeza.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.