ALOR SETAR: Kedah tetap akan berusaha mendapatkan kebenaran kerajaan Persekutuan agar negeri itu boleh mengeksport daun ketum ke luar negara khususnya Thailand, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata kerajaan negeri telah meminta Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) melakukan libat urus dengan semua agensi berkaitan bagi mendapatkan pandangan untuk dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan dan terpulang kepada kerajaan untuk membuat keputusan.
"Saya buat permohonan itu selepas mendengar taklimat agensi-agensi penguat kuasa seperti polis, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan lain-lain dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Keselamatan Negeri.
"Isu-isu penyeludupan (daun ketum) boleh diatasi jika ada garis panduan khas yang membolehkan ia (daun ketum) dieksport secara sah. Kegiatan menyeludup berleluasa di sepanjang sempadan negeri ini dan Thailand kerana daun itu mendapat permintaan tinggi di negara jiran," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini yang menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan eksport daun ketum kerana ia bertentangan dengan Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini.
Muhammad Sanusi berkata eksport daun ketum mungkin wajar disekat sebelum ini memandangkan ia dijadikan bahan pengganti bagi penagihan ganja dan dadah namun kemajuan teknologi kini telah menemukan manfaat daun itu yang boleh menghasilkan produk kesihatan dan perubatan.
"Ada ratusan hektar tanah, mungkin ribuan telah pun ditanam tumbuhan itu di Kedah sahaja dan ia dipasarkan melalui cara salah (ketika ini) dan merugikan kerajaan," katanya.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata kerajaan telah menggunakan sumber kewangan dan bilangan kakitangan awam yang besar untuk menghalang penyeludupan daun ketum di sempadan negara sedangkan ia boleh di atasi dengan membenarkan daun ketum dieksport.
Beliau juga berkata KDN seharusnya memberi tumpuan terhadap aktiviti penyalahgunaan daun ketum sebagai minuman yang menjejas kesihatan yang berleluasa di negara ini.
"Kerajaan pusat wajar membuat pertimbangan bijak. KDN boleh dapatkan laporan lengkap daripada agensi-agensi di bawahnya untuk pengesahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
![Kedah tetap berusaha dapatkan kebenaran untuk eksport ketum - MB Kedah tetap berusaha dapatkan kebenaran untuk eksport ketum - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647528661_TBSANUSI.jpg)
Muhammad Sanusi berkata, BPEN melakukan libat urus dengan semua agensi berkaitan bagi mendapatkan pandangan untuk dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan dan terpulang kepada kerajaan untuk membuat keputusan. - Gambar/ Bernama
AWANI 7:45 [11/2/2025] – Tamatkan Konflik Palestin-Israel | Persepsi Rasuah Sektor Awam | Pemulihan Aset 1MDB Berterusan | Polis Yakin Dapat Tangkap Suspek
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
![AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739267504_TBKHAIRIEAHMAD.jpg)
AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar
Kecerdasan buatan (AI) bukanlah ancaman besar kepada masyarakat kerana ia tidak akan mampu menggantikan tugas manusia.
![Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698815307_TBaluminium.jpg)
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708405848_TBREMAJAKETUMjp.jpg)
Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand
Suspek melakukan kerja berkenaan secara sambilan dan menerima upah sekitar RM10 untuk membawa masuk bekalan.
![Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707190802_tbcecairketum.jpg)
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
![APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705807836_MaritimPerak.jpg)
APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan
Pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 60 liter cecair disyaki air ketum dan anggaran 200 kilogram ikan campur di atas bot.
![Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705653520_TBubatbatukpalsu.jpg)
Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.
![Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704540420_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum
Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.
![Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683693337_TBZAKIHARUN.jpg)
Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
![Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697205339_TBOPTAPISPerakD.jpg)
Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup
Sejumlah dadah pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai lebih RM50,000 termasuk daun dan cecair ketum turut dirampas dalam operasi.
![Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679815904_Ketum.jpg)
Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion
Individu yang ditangkap membuat, membawa atau menjual narkotik Kategori 3 dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun.
![Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691829339_Fadillahketum.jpg)
Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah
Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.
![Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689243273_handcuff.jpg)
Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum
Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan RM11,100 manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.