Jumlah kehadiran pelancong di enam lokasi utama tarikan pelancong di Pahang dilaporkan meningkat dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata peningkatan tersebut berikutan kempen berterusan dan agresif untuk menarik kehadiran pelancong bersempena Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017.
"Di Genting Highlands sendiri jumlah kehadiran pelancong yang direkodkan meningkat empat peratus iaitu daripada 1.79 juta pelancong dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini sahaja berbanding 1.71 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, " katanya.
Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini bagi menjawab soalan Datuk Fong Koong Fuee (BN-Cheka) mengenai sambutan pelancong terhadap program TMP 2017.
Katanya dalam tempoh sama, lima lagi lokasi iaitu Kuantan mencatatkan kehadiran pelancong seramai 337,420 pada tahun ini berbanding 305,774 pada tahun lepas, Cherating (37,443 pelancong tahun ini berbanding 35,187 pelancong tahun lepas) dan Pulau Tioman (14,926 pelancong tahun ini berbanding 13,725 pelancong tahun lepas).
Bukit Fraser pula merekodkan kehadiran pelancong seramai 26,449 orang tahun ini berbanding 19,188 pada tahun lepas dan Taman Negara pula 13,193 pelancong berbanding 11,234 pelancong pada tahun lepas.
Bersempena TMP 2017 ini juga Mohd Sharkar berkata kerajaan negeri turut agresif mempromosikan lokasi yang sebelum ini sememangnya dikenali pelancong seperti Cherating dengan memberi wajah baharu termasuk menambah baik kemudahan sedia ada.
"Cherating sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancong sejak akhir 1970-an hingga 1980-an kerana keunikan produk yang tersendiri. Sekarang Cherating telah memasuki era baharu apabila taraf hidup rakyat menjadi lebih baik dan selesa dengan beberapa motel dan hotel baharu didirikan," katanya menjawab soalan tambahan Andansura Rabu (PAS-Beserah) .
Kerajaan negeri, katanya, sentiasa terbuka menerima pandangan dan cadangan untuk menambah baik kawasan pelancongan sebagai usaha untuk menjadikannya kawasan peranginan yang setanding dengan Gold Coast di Australia pada suatu hari nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2017
![Kedatangan pelancong ke Pahang meningkat sempena TMP 2017 Kedatangan pelancong ke Pahang meningkat sempena TMP 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71492415684_TahunMelawatPahang.jpg)
Penari kebudayaan membuat persembahan pada Pengisytiharan Tahun Melawat Pahang 2017 yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 20 Jan 2017. -Gambar fail
![BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739226960_bamtc.jpg)
BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao
Pang Ron berharap dapat memimpin rakan sepasukan dengan baik selain menerapkan semangat juang tinggi ketika berentap di Conson Gymnasium.
![Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739229729_RecepTayyipErdoan.jpg)
Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.
KPDN Serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman dalam satu sidang media pada Isnin berkata turut ditahan dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan yang juga pengurus di kedua-dua premis hiburan berkenaan bagi membantu siasatan.
Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kemalangan pada 12 tengah hari itu berlaku apabila Toyota Wish putih yang dipandu suspek pertama berusia 67 tahun berlanggar dengan sebuah motosikal dinaiki dua remaja berusia 16 tahun yang mengalami kecederaan parah.
Perbincangan kabel dasar laut Sarawak-Singapura dimuktamad tidak lama lagi
Ketika ini, kita masih berbincang mengenai kaedah pembinaan kabel ini. Saya menjangkakan perbincangan ini akan selesai dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan termeterainya perjanjian antara Malaysia dan Singapura.
Karumbu Kavadi dan Doa yang Tertunai
Setiap langkah mendaki 272 anak tangga menuju ke Kuil Sri Subramaniar Swamy bukanlah satu perjalanan biasa.
Bagi R Gowwri dan suaminya, M Teneshkumar, ia adalah tanda kesyukuran tertinggi dan bukti pasangan itu yang hampir kehilangan anak ketiga mereka sewaktu dalam kandungan.
Bagi R Gowwri dan suaminya, M Teneshkumar, ia adalah tanda kesyukuran tertinggi dan bukti pasangan itu yang hampir kehilangan anak ketiga mereka sewaktu dalam kandungan.
![MBPJ terus taja Wai Ching, promosi Petaling Jaya di pentas dunia MBPJ terus taja Wai Ching, promosi Petaling Jaya di pentas dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739227124_ZahriSamingon.jpg)
MBPJ terus taja Wai Ching, promosi Petaling Jaya di pentas dunia
Tajaan RM75,000 membolehkan Wai Ching teruskan penyertaan di peringkat antarabangsa dan capai misi merampas semula ranking nombor satu dunia.
Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang disambut penganut beragama Hindu hari ini.
![Hamas tangguh pembebasan tebusan, tentera Israel diarah ‘bersiap sedia’ Hamas tangguh pembebasan tebusan, tentera Israel diarah ‘bersiap sedia’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739229223_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas tangguh pembebasan tebusan, tentera Israel diarah ‘bersiap sedia’
Penangguhan ini "sebagai amaran" kepada Israel dan bertujuan memberi tekanan agar "mematuhi sepenuhnya" terma perjanjian gencatan senjata.
![Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61584424236_maybank.jpg)
Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia
Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia dengan meraih kedudukan baharu di tangga ke-472.
![China perketat prosedur daftar masuk hotel bagi kanak-kanak untuk tingkatkan keselamatan China perketat prosedur daftar masuk hotel bagi kanak-kanak untuk tingkatkan keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739055442_TBHotelReceptionGe.jpg)
China perketat prosedur daftar masuk hotel bagi kanak-kanak untuk tingkatkan keselamatan
Pengusaha hotel kini diwajibkan mengesahkan identiti kanak-kanak, mendapatkan maklumat penjaga.
![Wanita Indonesia ditemui mati dalam bilik hotel Wanita Indonesia ditemui mati dalam bilik hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735679693_WanitaIndonesiadit.jpg)
Wanita Indonesia ditemui mati dalam bilik hotel
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, penemuan mayat wanita terbabit dimaklumkan oleh pihak hotel berkenaan.
![Tak pernah beli rumah, Will.i.am hanya tidur di hotel Tak pernah beli rumah, Will.i.am hanya tidur di hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732149000_william.jpg)
Tak pernah beli rumah, Will.i.am hanya tidur di hotel
Tidak mempunyai rumah, kata Will.i.am lagi, adalah pilihan yang dibuat kerana berasa dirinya belum belum benar-benar sukses atau berjaya.
![Kos meningkat, penggiat industri hotel mahu kerajaan tangani kadar caj rendah Kos meningkat, penggiat industri hotel mahu kerajaan tangani kadar caj rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727925636_hotelmalaysia.jpg)
Kos meningkat, penggiat industri hotel mahu kerajaan tangani kadar caj rendah
Shaharuddin berkata ini juga berikutan kadar caj bilik hotel di Malaysia juga jauh lebih rendah berbanding negara jiran.
![Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721208356_Bangkokhotel.jpg)
Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut
Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.
![Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718935128_lelakibunuhisteri.jpg)
Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.
![Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718312958_VeerapanSuperamania.jpg)
Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam
Pemeriksaan mendapati hanya 11 hotel membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam berkenaan.
![Wanita mengaku salah menyundal Wanita mengaku salah menyundal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715326357_wanita.jpg)
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
![Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705564728_HandcuffGari.jpg)
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
![TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710476867_TBKAPALPERSIARAN.jpg)
TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.