KUALA LUMPUR: Laluan kedua-dua arah di KM19.65 hingga KM19.8 Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE) akan ditutup sementara bermula 22 hingga 26 Jan bagi kerja-kerja rasuk jambatan Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (DASH).
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam kenyataan semalam memaklumkan penutupan bermula dari jam 12.01 tengah malam hingga 5 pagi dibuat bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya dalam mengelakkan sebarang kejadian luar jangka ketika kerja-kerja dijalankan.
"Pengguna Lebuhraya NKVE dari arah Klang yang menghala ke Kuala Lumpur akan melalui susur persimpangan masuk ke Kota Damansara dan membuat pusingan 'U' di Plaza Tol Kota Damansara, menggunakan laluan yang dibuka sebelum melepasi plaza tol.
"Bagi pengguna Lebuhraya NKVE yang menghala ke arah Klang dari Kuala Lumpur pula akan mengambil susur persimpangan masuk ke Kota Damansara, dan seterusnya membuat pusingan 'U' di laluan sama sebelum Plaza Tol Kota Damansara," menurut kenyataan itu.
Katanya pengguna dari kawasan sekitar Klang dicadangkan menggunakan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dengan melalui susur keluar ke Shah Alam, Kuala Selangor, dan Tanjung Malim, sebagai alternatif untuk menghala ke utara.
Sementara itu pengguna dari utara disarankan untuk menggunakan Lebuhraya Latar dan Lebuhraya GCE dengan melalui susur keluar ke Shah Alam, Klang dan KLIA, sebagai alternatif untuk menghala ke Klang.
Prolintas juga memaklumkan papan tanda pemberitahuan lencongan jalan akan disediakan secukupnya di laluan yang ditutup dan para pengguna dinasihati untuk mematuhi papan tanda arah dan arahan petugas trafik bagi menggunakan laluan alternatif yang disediakan.
Dalam pada itu, Prolintas memberitahu sebanyak 39 rasuk jambatan akan dipasang merentasi Lebuhraya NKVE, melibatkan penggunaan dua kren seberat 200 tan yang akan diletakkan di tengah-tengah Lebuhraya NKVE tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di kawasan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) di Sungai Buloh. - Gambar fail BERNAMA
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
Pembekal sandwic ham di UM didakwa 12 pertuduhan guna logo halal palsu
Sebuah syarikat pastri dan pengarahnya yang membekalkan 366 sandwic pelbagai jenis yang tular di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) didakwa di dua Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas 12 tuduhan menggunakan logo halal palsu supaya makanan itu boleh dimakan orang Islam.
Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.
Kes Pukul OKU: Kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara
Kertas siasatan kejadian pukul membabitkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari
Penambahbaikan itu bertujuan menjaga kebajikan anggota bomba serta memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang baik.
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Polis tahan dua mekanik berlumba di lebuh raya DASH
Polis menahan dua lelaki warga tempatan disyaki terbabit dalam perlumbaan haram melibatkan enam buah kereta.
Kutipan tol di lebuh raya DASH bermula esok
Pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan dikenakan bayaran tol bermula pada 12.01 tengah malam, 1 Disember (Khamis).
DASH catat kemalangan maut pertama libatkan penghantar makanan
Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka pada Jumaat, mencatat kemalangan maut pertama melibatkan seorang penghantar makanan.
Tanggungjawab Prolintas bayar kontraktor DASH, SUKE, bukan kerajaan
KKR memaklumkan Prolintas adalah pemegang konsesi bagi kedua-dua lebuh raya tersebut.
Kedua-dua arah Lebuhraya NKVE ditutup sementara bagi projek pembinaan DASH
Ia bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya dalam mengelakkan sebarang kejadian luar jangka ketika kerja-kerja dijalankan.
Warga Bangladesh mangsa dihempap konkrit meninggal dunia - Polis
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam satu kenyataan kepada media.
Operasi pembersihan perancah besi DASH dihentikan akibat hujan lebat - Prolintas
Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.
Lebuhraya DASH, SUKE dapat kurangkan 30 peratus kesesakan lalu lintas
Pembinaan dua lebuh raya ini dapat meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti pengguna.
Prolintas harap pembinaan SUKE boleh disambung semula selepas seminggu
Prolintas memberi masa seminggu kepada kontraktor untuk memastikan kawasan berhampiran Taman Bukit Saga selamat sebelum menyambung semula pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE.
Prolintas hubungkan masyarakat kepada syarikat pembangun projek SUKE, DASH
Kempen #contactlahkami selaras dengan falsafah Prolintas yang mengutamakan kualiti, teknologi dan tanggungjawab kepada rakyat dalam memajukan projek-projek infrastruktur.