AMMAN: Raja Jordan Raja Abdullah II memberi amaran mengenai potensi pergolakan di rantau Asia Barat akibat "keganasan Israel" di Tebing Barat dan Baitulmaqdis selain menekankan keperluan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Amaran itu disampaikan Raja Abdullah II semasa baginda dihubungi Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Khamis, menurut kenyataan Mahkamah Hashemite Diraja Jordan, lapor Agensi Anadolu.
Kenyataan itu menyatakan bahawa Raja Abdullah menekankan "keperluan gencatan senjata segera di Gaza dan perlindungan terhadap orang awam yang tidak bersenjata."
Raja Jordan juga menegaskan keperluan untuk meningkatkan usaha-usaha untuk menjamin penghantaran bantuan kemanusiaan dan bantuan yang mencukupi dan mampan ke Gaza, serta menzahirkan penghargaan baginda terhadap usaha Kanada dalam menyampaikan bantuan ke wilayah terkepung itu.
Selain itu, Raja Abdullah mengesahkan semula peranan penting UNRWA dalam menyediakan bantuan kepada lebih 2 juta penduduk Palestin di Gaza, yang memerlukan sokongan yang berterusan bagi membolehkan agensi berkenaan terus menyediakan perkhidmatan penting mengikut mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Baginda menekankan kepentingan mewujudkan rangka kerja politik bagi isu Palestin bagi mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh melalui penyelesaian dua negara. Baginda menegaskan bahawa kestabilan serantau adalah mustahil tanpa menyelesaikan konflik Palestin-Israel.
Sehingga 30 Jan, sebanyak 18 negara dan Kesatuan Eropah memutuskan untuk menangguhkan pembiayaan mereka kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin atau UNRWA, berhubung dakwaan Israel bahawa 12 kakitangan UNRWA terlibat dalam konflik antara Israel-Hamas.
Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, membunuh sekurang-kurangnya 27,019 rakyat Palestin manakala 66,139 lagi cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
![Keganasan Israel di Tebing Barat bakal cetus pergolakan serantau - Raja Jordan Keganasan Israel di Tebing Barat bakal cetus pergolakan serantau - Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697612263_KingAbdullahII.jpg)
Raja Abdullah menekankan "keperluan gencatan senjata segera di Gaza dan perlindungan terhadap orang awam yang tidak bersenjata." - Gambar fail/AP
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697612263_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II
Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera.
![Raja Abdullah sertai pasukan agih bantuan dari pesawat udara di Gaza Raja Abdullah sertai pasukan agih bantuan dari pesawat udara di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709079735_KingAbdullahII.jpg)
Raja Abdullah sertai pasukan agih bantuan dari pesawat udara di Gaza
Raja Abdullah dari Jordan menyertai misi kemanusiaan menjatuhkan makanan daripada sebuah pesawat tentera udara Jordan di Gaza pada Selasa.
![Keganasan Israel di Tebing Barat bakal cetus pergolakan serantau - Raja Jordan Keganasan Israel di Tebing Barat bakal cetus pergolakan serantau - Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697612263_KingAbdullahII.jpg)
Keganasan Israel di Tebing Barat bakal cetus pergolakan serantau - Raja Jordan
Raja Jordan Raja Abdullah II memberi amaran mengenai potensi pergolakan di rantau Asia Barat akibat "keganasan Israel" di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
![Malaysia, Jordan bincang kerjasama dua hala di luar sidang tergempar OIC - PM Anwar Malaysia, Jordan bincang kerjasama dua hala di luar sidang tergempar OIC - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699769713_tbRajaJordan.jpg)
Malaysia, Jordan bincang kerjasama dua hala di luar sidang tergempar OIC - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Raja Jordan Raja Abdullah II di luar Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.
![Raja Jordan adakan perbincangan dengan PM Anwar Raja Jordan adakan perbincangan dengan PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699769713_tbRajaJordan.jpg)
Raja Jordan adakan perbincangan dengan PM Anwar
Raja Jordan Raja Abdullah II pada Sabtu berkenan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Raja Jordan sifatkan pengeboman hospital di Gaza sebagai jenayah perang paling hina Raja Jordan sifatkan pengeboman hospital di Gaza sebagai jenayah perang paling hina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697612263_KingAbdullahII.jpg)
Raja Jordan sifatkan pengeboman hospital di Gaza sebagai "jenayah perang paling hina"
Raja Jordan Raja Abdullah mengecam insiden pembunuhan kejam orang awam yang tidak bersalah, termasuk pesakit yang sedang menerima rawatan.
![Raja Jordan, Presiden UAE gesa tindakan untuk hentikan konflik Palestin-Israel Raja Jordan, Presiden UAE gesa tindakan untuk hentikan konflik Palestin-Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696824967_IsraelPalestinGa.jpg)
Raja Jordan, Presiden UAE gesa tindakan untuk hentikan konflik Palestin-Israel
Raja Jordan Raja Abdullah II dan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan telah membincangkan peningkatan aktiviti ketenteraan yang berbahaya di Gaza.
![Raja Jordan jalani pembedahan di Jerman Raja Jordan jalani pembedahan di Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617512684_KingJordan.jpg)
Raja Jordan jalani pembedahan di Jerman
Raja Jordan Raja Abdullah II berlepas ke Jerman pada Ahad untuk menjalani pembedahan thoracic herniated disc.
![Abang tiri Raja Jordan ditahan dalam rumah, dituduh cuba gugat keselamatan Abang tiri Raja Jordan ditahan dalam rumah, dituduh cuba gugat keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617492715_PrinceHamzah.jpg)
Abang tiri Raja Jordan ditahan dalam rumah, dituduh cuba gugat keselamatan
Hamzah memberitahu beliau dikunjungi ketua tentera negara itu dan tidak diizinkan keluar atau berkomunikasi dengan sesiapa atau bertemu keluarga diraja.
![Misi diplomatik Obama berakhir di Jordan Misi diplomatik Obama berakhir di Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/51364082094_295x200.jpg)
Misi diplomatik Obama berakhir di Jordan
Obama berada di rantau Asia Barat selama empat hari lawatannya bermula di Tel Aviv, Israel, diikuti ke Tebing Barat Palestin, dan Jordan.