Kegiatan merekrut anggota baharu kumpulan pengganas Daesh kini didapati beralih ke selatan Filipina berikutan kawalan ketat pihak berkuasa pelbagai negara terhadap sebarang pergerakan ke Syria.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka dipercayai direkrut di bawah pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Totoni Hapilon yang juga dikenali Abu Abdullah al-Filipini.
"Ancaman kini semakin serius kerana jika dahulunya tertumpu di Iraq dan Syria sekarang sudah beralih ke selatan Filipina.
"Jadi akan berlaku pergerakan di sebelah sini dan kita jangkakan Sabah akan dijadikan tempat transit oleh anggota-anggota pengganas, sama ada dari Semenanjung atau lain negara-negara Asia Tenggara dan Asia Selatan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Kefahaman Ekstremisme: Realiti dan Penyelesaian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Raub.
Seminar yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang itu turut dihadiri Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani serta 700 pelajar UiTM.
Mengulas lanjut, Ayob Khan yang tidak menafikan Sabah kini terdedah kepada ancaman susulan perkembangan terbaharu itu, berkata polis akan meningkatkan operasi dan penguatkuasaan di negeri tersebut dan perairannya.
Beliau juga menjangkakan lebih banyak tangkapan dibuat tahun ini terhadap mereka yang disyaki terbabit dalam kegiatan keganasan.
Katanya trend tangkapan terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan keganasan juga menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.
Pada 2013 hanya empat individu ditahan, namun bilangan itu meningkat mendadak pada 2014 kepada 59 orang, 2015 (82 orang) dan 2016 (119 orang), katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2017

AYOB: Kegiatan merekrut anggota baharu kumpulan pengganas Daish kini didapati beralih ke selatan Filipina. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Banjir: Lebih 4,000 anggota polis sedia hadapi kemungkinan banjir di Johor
Jumlah itu melibatkan 415 pegawai dan 3,894 anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh negeri.

Sindiket judi dalam talian kaut RM10,000 sehari tumpas
Satu sindiket pusat perjudian dalam talian yang beroperasi 24 jam tumpas dengan penahanan lima lelaki warga Indonesia.

Ranjau Ayob Khan: Menegak integriti dalam pahit persepsi
Sekian lama memimpin pasukan anti-terorisme di ibu pejabat pusat, Datuk Ayob Khan diberi tugas baharu untuk mengemudi kontinjen Johor. Apa ekspektasi dan perancangannya?

Pegawai polis IPD Iskandar Puteri positif COVID-19, 111 kontak dikuarantin
Susulan itu, seramai 111 kontak rapat pegawai terbabit diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula 30 November lalu.

Polis tahan tiga anggota trafik disyaki terlibat pemerasan
Tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ditahan selepas disyaki terlibat pemerasan.

Police hunt man for smuggling drugs into Singapore using drone
Police are tracking down a Singaporean man known as Boy Setan who is the prime suspect for smuggling drugs into the republic using a drone.

Terbalik jadinya, agungkan 'mat rempit', salahkan polis pula - Ayob Khan
Polis Johor meminta agar masyarakat tidak mengagungkan mat rempit sehingga menyalahkan polis yang bertugas membanteras kegiatan lumba haram di negeri itu.

Jangan buang masa mohon rentas negeri untuk balik Raya - Polis Johor
Polis Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang masa memohon perjalanan rentas negeri untuk pulang berhari raya.

Kegiatan militan Daish kini beralih ke selatan Filipina
Kegiatan merekrut anggota baharu kumpulan pengganas Daish kini didapati beralih ke selatan Filipina berikutan kawalan ketat pihak berkuasa pelbagai negara terhadap sebarang pergerakan ke Syria.

Tiga rakyat Malaysia sertai Daish terbunuh di Syria
Bekas pemimpin Mujahiddin Malaysia, Zainuri Kamarudin, 50, yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria, adalah antara tiga rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Syria.